Oleh pada 24 May 2019 kategori

Biskut tembikai ialah sejenis biskut yang berbentuk seperti tembikai yang sangat menarik perhatian.

Untuk membuat biskut ini, anda perlu mengetahui teknik yang betul.

Untuk memotongnya tiada masalah kerana ia tidak disejukkan.

Selepas telah siap buat-bulatkannya, terus potong namun perlu pastikan anda menggunakan pisau yang tajam dan jenis yang ringan.

Untuk meletakkan bijan hitam pula, anda perlu pastikan tangan berminyak kerana bijan tersebut akan melekat apabila kita mahu mengambilnya.

  

Biskut Tembikai

 

Nota: Anggaran boleh dapat dalam 130-140 biji mengikut saiz dibuat.

 

Bahan-bahan:  

  • Mentega (250 gm) - mentega jenama Buttercup
  • Gula halus (180 gm)
  • Tepung gandum (300 gm) - diayak
  • Tepung jagung (150 gm) - diayak
  • Cornflakes (5 sudu ) - dikisar halus dan diayak
  • Kuning telur (1 biji)
  • Pewarna kuning, merah dan hijau
  • Bijan hitam - untuk hiasan

 

Cara-caranya: 

1. Masukkan mentega dan gula. Gaul hingga sebati

2. Masukkan kuning telur. Gaul sehingga sebati lagi

3. Masukkan tepung gandum , tepung jagung dan juga cornflakes, letak sedikit demi sedikit lalu gaul hingga rata

4. Bahagikan doh kepada 2/3 bahagian bergantung kepada warna yang dimahukan nak sama ada warna merah atau kuning atau mahukan kedua-duanya warna hijau

5. Pastikan doh warna hijau kurang sedikit dari warna merah dan kuning

6. Buat bulat-bulat kecil mengikut selera masing-masing (buat dalam kuantiti sama banyak )

7. Leperkan bulat-bulat hijau kerana mahu jadikan kulit luar

8. Masukkan bulat-bulat merah atau kuning ke atas kulit hijau tadi dan pastikan kulit hijau tu meliputi kesemuanya

9. Buat semua sampai siap dulu , kemudian baru ambil pisau yang paling tajam

10.Bulat-bulat yang sudah siap tadi dibelah 4 seperti belah telur tu. Potong secara perlahan-lahan.

11. Susun bijan dengan tahap kesabaran yang paling tinggi (masa untuk susun bijan bagi setiap biji ialah 6-9 saat)

12. Masukkan dalam papercup.

13. Bakar pada suhu 200°c selama 15 - 20 minit. Pastikan bahagian dalam biskut sudah masak. 

  

biskut tembikai 1 tile

 

Sumber:

1. Ainun Badariah [12]

2. Arah (kurniaanmu.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)