Oleh pada 26 May 2019 kategori

Antara kuih raya yang juga menjadi pilihan ramai ialah biskut cincin.

Ia memiliki rasa yang enak dan rapuh di dalam mulut.

Seperti namanya, ia mempunyai rupa seperti cincin dan disaluti gula halus.

 

Biskut Cincin (versi 1)

 

Bahan-bahan: 

  • Mentega (350 gm)
  • Gula Kastor (80 gm)
  • Telur rebus (6 biji) - gunakan bahagian kuning sahaja dan lenyekkan dengan garfu
  • Vanila (1 camt)
  • Tepung gandum (400 gm)
  • Tepung jagung (200 gm)

 

Untuk hiasan :

  • Kuning telur
  • Kacang - dikisar halus

 

Cara-caranya :  

1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang .

2. Masukkan telur rebus dan campurkan lagi .

3. Masukkan vanila .

4. Keluarkan dari mesin pengadun dan masukkan tepung. Uli sehingga menjadi doh .

5. Jika doh agak lembut, tambahkan sedikit tepung gandum ( sehingga doh senang untuk di canai dan di terap).

6. Terapkan dengan menggunakan acuan bulat dan lubangkan di bahagian tengahnya menggunakan acuan ang lebih kecil .

7. Sapukan kuning telur dan taburkan kacang .

8. Bakar pada suhu 140 C-160 C mengikut ketuhar masing-masing selama 15 hingga 20 minit atau sehingga bahagian belakang biskut mejadi keperangan.

 

Biskut Cincin (versi 2) 

biskut cincin 1

 

Nota: Anggaran untuk lebih dari 100 biji. 

 

Bahan-bahan:  

  • Mentega Golden Churn (12 oz) - ataupun lebih dikenali dengan mentega Cap Tong
  • Telur rebus (4 biji) - direbus dan hanya gunakan bahagian kuning telur sahaja
  • Gula aising (secukupnya) - sekadar untuk ditabur

 

Cara-caranya :  

1. Ambil kuning telur rebus dan di lecek-lecekkan sehingga hancur ( pemilik resepi memilih untuk menggunakan garfu).

2. Kemudian telur yang sudah siap dilecek tadi di gaulkan bersama mentega dan di kisar sehingga sebati.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kuantiti tepung yang di masukkan bergantung kepada lembutnya adunan. Masukkan tepung sehingga adunan tidak lagi melekat

4. Canai adunan, kemudian terapkan dengan menggunakan acuan biskut cincin.

5. Bakar selama 20 minit atau sehinngga masak. Kemudian taburkan pula gula aising.

 

Sumber:

1. Mazliza Ahmad [12

2. Hairul Nizam Ijam [12]

3. Reena Sidek (mreena.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)