Biskut lapis kurma sememangnya mempunyai peminatnya tersendiri.

Biskut ini melibatkan proses melapis yang memerlukan ketelitian si pembuatnya.

Pendek kata, hanya siapa yang pernah membuat biskut ini tahu betapa mencabar untuk menghasilkannya.

 

Biskut Lapis Kurma

  

biskut lapis kurma

 

Bahan-bahan:

 

Bahan bagi Inti:

  • Kurma (500gm) - dibuang biji/paste
  • Minyak sapi (1 susu besar)
  • Gula pasir (1 sudu besar)

 

Cara-cara membuat intinya:

1. Panaskan kuali dan kacaukan isi kurma,gula dan minyak sapi sampai rata. Masak tidak memerlukan masa yang lama, ia sudahpun masa apabila kesemua bahan sudah rata.

2. Bahagikan dua bahagian paste kurma yang sudah dimasak, dan canaikan.

 

Bahan bagi pastri:

  • Mentega (500 gm)
  • Minyak sapi (1 sudu besar)
  • Gula aising (250 gm)
  • Tepung gandum (1 kg) - sudah diayak
  • Vanila (2 sudu teh)

 

Cara-cara membuatnya:

1. Mentega ,minyak sapi, gula icing dan vanilla dipukul sehingga kembang

2. Kemudian masukkan tepung gandum dan diadun rata.

3. Bahagikan kepada 3 adunan, Kemudian canailah pastri setebal 1/8inci

4. Lapiskan adunan dengan isi kurma kemudian dilapiskan dengan pastri lagi, buat berselang seli sampai 3 lapis

5. Setelah selesai, kemudian potong lapisan menjadi kecil-kecil

6. Sapukan kuning telur diatas biskut dan kemudin bakar hingga kekuningan.

 

Resepi Bonus: Biskut Kurma

  

biskut kurma

 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (250 gm)
  • Tepung jagung (100 gm)
  • Cornflakes (150 gm) - dikisar dahulu
  • Mentega (250 gm)
  • Gula kastor (150 gm)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Telur (1 biji telur)
  • Kurma (50 biji)
  • Kuning telur (1 biji) - untuk sapuan

 

Cara-carannya:

1. Ayakkan kedua-dua tepung. Masukkan conflakes yang sudah dikisar dan gaulkan rata. Ketepikan.

2. Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan esen vanila pukul hingga sebati.

3. Masukkan pula adunan tepung tadi dan uli sehingga menjadi doh.

4. Gulungkan kurma di dalam doh. Seperti membuat gulungan bagi kuih tart gulung .

5. Sapukan kuning telur dan bakar menggunakan ketuhar pada suhu 180 C selama 15- 20 minit.

 

Sumber:

1. Naemi Azhar [12]

2. Athirah Mazalan [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)