Oleh pada 06 May 2019 kategori

Biskut almond London merupakan antara biskut raya yang paling popular dan digemari ramai.

Namun, biskut ini agak leceh untuk dihasilkan kerana ia melibatkan dua kali kerja.

Pertama sekali, ia perlu dibakar terlebih dahulu sebelum disalut dengan coklat apabila telah sejuk.

Untuk lebih mudah, buat dalam kuantiti yang banyak sekaligus, contohnya 2,000 biji.

Kemudian, simpan dalam tin atau bekas kedap udara.

Untuk proses menyalut pula, ia boleh dilakukan dalam tempoh 2 atau 3 hari.

 

Biskut Almond London

 

Bahan-bahan:

 

Bahan A:

  • Buttercup (1 cawan)
  • Gula aising (3/4 cawan) - jika tidak mahu manis, boleh dikurangkan
  • Kuning telur (1 biji)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)

 

Bahan B:

  • Tepung gandum (2 1/2 cawan)
  • Tepung jagung (1/2 cawan)
  • Tepung beras (1 sudu besar)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Serbuk badam (3 sudu besar)

 

Bahan C:

  • Coklat masakan (2 cawan) - pemilik resepi guna jenama Beryl's (coin), guna kaedah double boiler
  • Kacang badam - dipanaskan dahulu dalam ketuhar, 150c dan 15 minit (ikut ketuhar masing-masing)

 

Cara penyediaan:

1. Gaul bahan A sehingga sebati menggunakan senduk kayu sahaja. Tidak perlu pukul lama dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil uli.

2. Jika lembik, boleh tambah tepung. Jika keras, boleh letak sedikit mentega. Jangan uli lama, sehingga doh tidak melekat pada tangan sahaja. Gentel-gentel masukkan 1 biji kacang badam mengikut saiz yang dimahukan.

3. Bakar dengan suhu 170c selama 25 minit. Ikut ketuhar masing-masing.

4. Tunggu biskut sejuk dahulu. Setelah sejuk, boleh celup dalam coklat. Sejukkan coklat supaya sedikit keras dan masukkan dalam balang. Siap.

biskut almond london 1

 

Nota:

✔ Pemilik resepi menggunakan sukatan cawan sahaja, tiada mixer dan timbang.

✔ Resepi ini digunakan untuk jualan.

 

Sumber:

1. Fazilah Zakaria [1, 2]

2. Resipi Noraini (resipinoraini.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)