Biodata

Nama penuh: Khawaja Mohammad Harris Baba

Nama popular: Harris Baba

Tarikh lahir: 8 Disember 1991

Umur: 27 tahun

Kelahiran: Singapura

Pekerjaan: Penyanyi, pelakon dan model

Media sosial: Instagram @harrisbaba

Fakta Menarik

1. Berdarah kacukan Pakistan, Iran dan Cina.

2. Mempunyai seorang adik perempuan yang telah berhijrah ke Australia.

3. Menyertai pertandingan realiti nyanyian, The Final One di Singapura pada tahun 2013, bagaimanapun hanya mampu berpuas hati di kedudukan Top 40.

4. Mendapat tawaran untuk menceburi bidang model di Malaysia pada tahun 2014 yang seterusnya membawa kepada kemunculan beliau menghiasi drama-drama televisyen di negara ini.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2015.

6. Kediamannya kini terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

7. Drama lakonannya ialah Isteri Tuan Ihsan dan Seribu Rindu.

8. Kemunculannya dalam telefilem menerusi Alien Planet Cinta, Cinta Viral dan Cinta Tanpa Syarat.

9. Selaku penyanyi, Harris yang memperjuangkan muzik Pop dan R&B pernah terbit dengan single Katakan dan Parah.

10. Selain itu, beliau pernah bertanding di rancangan realiti Duo Star (berlangsung dari 25 Disember 2016 hingga 5 Februari 2017) bergandingan dengan penyanyi senior Ning Baizura, namun hanya dapat bertahan di peringkat separuh akhir sebelum tersingkir. Sepanjang program itu, senarai lagu-lagu yang dipersembahan mereka ialah Hanya Memuji, Lagu Jiwa Lagu Cinta, Beauty And The Beast, Si Jantung Hati, Mimpi Laila, Laguku Untukmu, Penasaran, Madah Berhelah dan Not For Sale.

11. Harris mendirikan rumah tangga dengan Nik Naziha Zawawi atau selesa dipanggil Jiha pada Mei 2016. Mereka diijab kabulkan di Keningau, Sabah. Sehingga kini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aleena Ziya yang berusia setahun dan Muhammad Umar Baba yang baru sahaja lahir pada September 2018.

12. Merancang untuk memiliki keluarga besar dengan lima orang anak.

Foto

biodata harris baba pelakon drama seribu rindu 2

biodata harris baba pelakon drama seribu rindu 3

biodata harris baba pelakon drama seribu rindu 4

biodata harris baba pelakon drama seribu rindu 5

biodata harris baba pelakon drama seribu rindu 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Harian Metro

3. Eh!

4. Instagram Harris Baba




Hakcipta iluminasi.com (2017)