Kredit foto: Instagram Siti Hariesa

    

Siapa Siti Hariesa? Aktres Siti Hariesa merupakan salah seorang daripada barisan pelakon dalam drama Perempuan Itu yang akan disiarkan melalui aplikasi Tonton mulai 1 Jun 2023. Siri ini dikemudi oleh pengarah Ain Sharif dan turut menghadirkan pelakon Zul Ariffin, Mimi Lana, Amir Ahnaf, Erysha Emyra, Iqbal Zulkefli dan Amar Asyraf.

    

Biodata

Nama penuh: Siti Hariesa binti Muhammad Hanafi

Nama komersial: Siti Hariesa

Umur: 25 tahun (2023)

Tarikh lahir: 23 Mei 1998

Agama: Islam

Asal: Segamat, Johor

Keluarga: Anak bongsu daripada tiga orang adik beradik

Pendidikan: Management and Science University (MSU)

Pekerjaan: Pelakon

Instagram (IG): @sitihariesa

    

Latar Belakang

1. Bakat seni lakonannya dicungkil melalui penyertaan dalam Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019.

2. Beliau menunjukkan kebolehan lakonannya melalui penampilan dalam pelbagai drama seperti Kau CEO Aku, Bintang, Life Lila, Sekali Lagi Cinta Kembali, Pink Smile, Utusan Cinta Buat Adam, Rumah Siti Khadijah, Perempuan Itu dan Rajuk Karina, termasuk telefilem Takbir Semalam, Oh Abang Romantik dan Derai.

3. Beliau kini menyertai barisan pelakon dalam drama bersiri yang sensasi, Perempuan Itu, bersama Zul Ariffin, Mimi Lana, Amir Ahnaf, Erysha Emyra, Iqbal Zulkefli, Amar Asyraf, Elfriena A dan Eman Manan. Ia akan ditayangkan menerusi aplikasi Tonton mulai 1 Jun 2023.

    

Fakta Menarik

1. Akaun Instagramnya dengan nama pengguna @sitihariesa telah mencapai jumlah pengikut melebihi 62,000.

2. Wajahnya disamakan dengan pelakon popular seangkatannya, Siti Khadijah Halim, kerana dikatakan mempunyai iras.

      

Baca: 8 Fakta Pelakon Siti Hariesa Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Perempuan Itu (Tonton) Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Perempuan Itu (Tonton TV3)

    

Gambar

siti hariesa 434

siti hariesa wikipedia

perempuan itu 940

drama perempuan itu

pelakon perempuan itu 282

siti hariesa drama list

siti hariesa age

siti hariesa umur

siti hariesa instagram

perempuan itu episod

Siti Hariesa membuat penampilan dalam drama berepisod Perempuan Itu (bukan adaptasi novel) yang dimuatkan di aplikasi Tonton

novel perempuan itu

siti hariesa adik beradik

Kredit foto: Instagram Siti Hariesa

    

Sumber:

1. Siti Hariesa membisu, followers IG terus mencanak naik

2. 'Perempuan Itu angkat kisah wanita, bukan kontroversi' - Erma Fatima

3. BIODATA SELEBRITI SITI HARIESA | A.AIDA PRODUCTION

4. Instagram Siti Hariesa

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)