Biodata

1. Nama penuhnya, Nur Alya Iman binti Azmil. Dikenali sebagai Alya Iman. Nama panggilannya, Alyimn.

2. Merupakan pelakon dan model.

3. Berketinggian 170 sentimeter.

4. Anak bongsu.

5. Anak kepada pelakon Azmil Mustapha yang pernah popular menerusi watak Ali Setan.

6. Anak paling manja dan rapat dengan bapanya.

7. Sewaktu zaman kanak-kanak, beliau bercita-cita ingin menjadi juruterbang.

8. Bergelar model sejak berusia 13 tahun lagi. Kerapkali menjadi model peragaan untuk butik-butik Muslimah tempatan.

9. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2018.

10. Setakat ini, beliau yang masih setahun jagung dalam bidang seni telah membintangi telefilem istimewa bersempena Anugerah Juara Lagu 33 berjudul Lelaki Kelas Sebelah, melakonkan watak sebagai Mira untuk siaran TV3 pada Januari 2019. Tidak ketinggalan, drama Senafas Rindu tayangan Astro Ria, memegang peranan sebagai Shafika, bergandingan di sisi teraju utama, Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan.

    

Baca: Biodata Pelakon Azmil Mustapha, Bapa Alya Iman

    

Foto

biodata alya iman pelakon drama senafas rindu 2

biodata alya iman pelakon drama senafas rindu 3

biodata alya iman pelakon drama senafas rindu 4

biodata alya iman pelakon drama senafas rindu 5

biodata alya iman pelakon drama senafas rindu 6

Video

        

Info Drama Senafas Rindu

  • Bergenre drama dan cinta.
  • Arahan Amor Rizan.
  • Hasil tulisan Rozie Rashid dan Amka Ahmad.
  • Dibintangi Syafiq Kyle sebagai Fariz Ashman, Elizabeth Tan (Vivianna @ Siti Nur Ain), Kahoe Hon (Kelvin), Alya Iman (Shafika), Josiah Lim (Patrick), Sharul Kamal (Munir), Nelissa Edreena (Azila), Wan Sharmila (Athirah), Arash Mohamad (Dato Zainol), Liza Abdullah (Datin Maznah), Azizah Mahzan (Tun Afifah @ Uwan), Zarina Zainoordin (Marina), Alif Hadi (Martin), Janet Khoo (Cindy), Fazren Rafi (Kamal), Mimi Ernida (Dila) dan Louisa Chong (Belinda).
  • Bersiaran sebanyak 20 episod.
  • Bahagia nyanyian Eza Edmond terpilih menjadi lagu tema menghiasi pembukaan setiap episod.
  • Ke udara sejak 4 Februari 2019, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD menerusi slot MegaDrama.

           

Kredit:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Nona [1, 2]

3. Instagram Alya Iman

4. Youtube Berita Harian Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)