Biodata

1. Nama lahirnya, Mazlan bin Ahmad. Namun menggunakan 'Lan Pet Pet' sebagai nama komersial.

2. Menarik perhatian dengan kebolehan sebagai pelawak, penyanyi, dan pelakon.

3. Dikesan menerusi program pencarian bakat lawak, Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 pada era 90-an.

4. Kumpulan Senario yang dianggotainya dibentuk selepas kejayaan sitkom pentas, Senario, siaran TV3.

5. Beliau bersama anggota lain turut merakamkan lima buah album studio dengan lagu-lagu yang berkonsepkan humor dan pop. Antara yang hits seperti Sebelum Dan Sesudah, Dikir Barat Siang Malam, Cari Tapak, Cepat Kaya, Cinta Berkarat, Zapin Usik Mengusik dan Joget Senda Gurau.

6. Tidak ketinggalan, kemunculan mereka di layar lebar menerusi 10 buah filem, antaranya Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi-Lagi Senario, Lang Buana, Senario XX, dan Senario Pemburu Emas Yamashita.

7. Mendirikan rumah tangga dengan Ruby Che Wan pada 20 Ogos 2008.

          

Info Kumpulan Senario

  • Aktif dari tahun 1996 hingga 2013 sebelum membuat kemunculan semula pada 2017 dengan nama baharu, Senariounion.
  • Kumpulan yang bertukar ganti ahlinya ini pernah dianggotai Azlee Jaafar, Wahid, Saiful Apek, Yassin, Illya, Hamdan, Lan Pet Pet dan Shamsul Ghau Ghau.
  • Kumpulan lawak pertama bertanding di pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu.
  • Pernah mengadakan 10 buah konsert, antaranya Konsert Senario Anti-Lanun pada 1997, Konsert Senario Live in Singapore (2000), Konsert Senario Live in Brunei (2000), Konsert Senario Live in Johor Bahru (2001), Konsert Komedi Astro Warna Senariounion (2017) dan banyak lagi.
  • Pemegang trofi Komedi Sepanjang Zaman di Anugerah Lawak Warna 2014, Penghibur TV Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1998/99), Artis Duo/Berkumpulan Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000), Penghibur TV Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000) dan Artis Duo/Berkumpulan Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001).

Foto

biodata dan latar belakang pelawak lan pet pet 2

biodata dan latar belakang pelawak lan pet pet 3

biodata dan latar belakang pelawak lan pet pet 4

biodata dan latar belakang pelawak lan pet pet 5

biodata dan latar belakang pelawak lan pet pet 6

biodata dan latar belakang pelawak lan pet pet 7

Kredit foto: Instagram Lan Pet Pet

Video

Kredit video: Youtube Sinar

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Astro Awani

3. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)