Kredit foto: Instagram Kamal Chilok & Facebook Kamal Sumbu

   

Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan berita kemalangan pelawak Kamal Chilok yang berlaku pada kira-kira jam 2 petang. 

Difahamkan beliau mengalami kecederaan patah di bahagian bahu, kaki serta pendarahan di kepala selepas kereta dipandunya berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV).

Kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan balik daripada menghantar tempahan makanan kepada seorang pelanggan menerusi kaedah 'cash on delivery' (COD).

Lebih mengharukan, beliau kini dilaporkan koma serta masih belum sedarkan diri.

Sama-sama kita doakan agar beliau dapat kembali pulih seperti sediakala.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Mohd Kamal Shah Saharuddin.

2. Menggunakan nama komersial, Kamal Chilok. Juga dikenali sebagai Kamal Sumbu.

3. Berusia 30 tahun (2019).

4. Merupakan anggota kumpulan lawak, Chilok bersama dua lagi ahli iaitu Chiwan dan Achok.

5. Chilok pernah terpilih sebagai antara peserta dalam pertandingan komedi popular, Maharaja Lawak Mega edisi 2016 dan 2018.

6. Selain itu, beliau menerusi kumpulan Sumbu, pernah merangkul gelaran naib juara dalam program Bintang Mencari Bintang 2014 serta tempat kelima Bintang Bersama Bintang.

7. Menerusi kumpulan Kepoh, beliau berentap di Maharaja Lawak Mega 2014, selain menyertai kumpulan Kroni dalam Muzikal Lawak Superstar (MLS) 2019 yang antara lain dianggotai Achok Chilok dan Wani Kayrie.

8. Selain bergelar pelawak, beliau turut menyara kehidupan dengan mengusahakan perniagaan patin tempoyak menggunakan kaedah 'cash on delivery' (COD) atau pembayaran secara tunai semasa penghantaran, sejak awal tahun 2018.

9. Mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2019.

   

Foto

kamal chilok

kamal chilok ig

kamal chilok kemalangan

kumpulan chilok

instagram kamal chilok 437

Kredit foto: Instagram Kamal Chilok & Facebook Kamal Sumbu

   

Video

Kredit video: Youtube TV3 Malaysia Official

   

Sumber:

1. Wikipedia Maharaja Lawak Mega 2018

2. Pelawak Kamal Chilok Koma Terbabit Kemalangan Selepas ‘COD’ Patin Tempoyak

3. Instagram Kamal Chilok

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)