Biodata

1. Pemilik nama penuh Shahrol Azizie bin Azmi. Dikenali sebagai Shahrol Shiro.

2. Lahir pada 16 Julai 1984 di Kluang, Johor, Malaysia. Berumur 35 tahun.

3. Ibunya bernama Normala binti Abdul Hamid.

4. Merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012. Menganggotai kumpulan Shiro bersama rakannya, Ajak.

5. Antara filem dibintanginya seperti Berani Punya Budak, Sepah The Movie, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, Suatu Malam Kubur Berasap 2 dan Sekolahaha.

6. Pembabitannya dalam drama menerusi Super Lawak FC, Ini Betul Baru Raya, Cinta Tampal, Buletin Cinta dan Pucuk Muda Kelabu Taugeh.

7. Juga telefilem Wartawan Kampung, Atan & Atoi, Shiro, Bermula Sebuah Cerita, Raya Rabak dan Mujibur Mari.

8. Sebagai penyanyi, beliau pernah merakamkan single Zapin K-Pop (duet bersama Ajak Shiro) dan Oh My Budget (bersama Ajak Shiro, Altimet dan Girls Republik).

9. Pernah bersaing dalam pelbagai pertandingan komedi seperti Raja Lawak, Super Spontan, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan All Stars, Super Spontan Superstar dan Super Spontan Xtravaganza.

10. Merangkul pelbagai kemenangan, iaitu sebagai juara Raja Lawak musim keenam, tempat ketiga Maharaja Lawak Mega 2012, tempat kedua Maharaja Lawak Mega 2013, naib johan Super Spontan 2014, tempat keempat Maharaja Lawak Mega 2014, naib juara Maharaja Lawak Mega 2017 dan johan Maharaja Lawak Mega 2018.

11. Pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008, namun hanya bertahan selama tiga tahun. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhd. Adam Danish. Kemudiannya, beliau berkahwin dengan Anna atau nama penuhnya, Nor Farhanah Syamimi pada 17 March 2016.

Foto

biodata dan latar belakang pelawak shahrol shiro 2

biodata dan latar belakang pelawak shahrol shiro 3

biodata dan latar belakang pelawak shahrol shiro 4

biodata dan latar belakang pelawak shahrol shiro 5 969

biodata dan latar belakang pelawak shahrol shiro 6 731

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Kosmo

3. Instagram Shahrol Shiro

4. Youtube Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)