Kredit foto: Instagram Aqil Zulkiflee
Terkenal dengan nama Aqil Zulkiflee, Ahmad Aqil Zulkiflee ialah seorang bintang media sosial yang dikenali dengan tiga saluran di YouTube iaitu Aqil Zulkiflee, Aqil Zulkiflee Gaming dan Aqil Zulkiflee Shorts.
Biodata
Nama sebenar: Ahmad Aqil bin Zulkiflee
Nama komersial: Aqil Zulkiflee
Umur: 27 tahun (2023)
Tarikh lahir: 19 Januari 1996
Asal: Melaka
Keluarga: Anak kedua daripada lima orang adik beradik
Pendidikan: Kelulusan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan
Kerjaya: Personaliti Media Sosial, Youtuber, Usahawan
Instagram (IG): @aqilzulkiflee
Latar Belakang
1. Aqil merupakan anak kepada pasangan Zulkiflee Ramli (bapa) dan Nurzalilah Abu Bakar (ibu) sementara adiknya, Ahmad Akid Zulkiflee atau dikenali sebagai Akiddos aktif di TikTok sebagai personaliti media sosial.
2. Seramai 1.74 juta pelanggan di saluran YouTube miliknya, iaitu Aqil Zulkiflee, dan dia turut mengendalikan dua lagi saluran, Aqil Zulkiflee Gaming dan Aqil Zulkiflee Shorts.
3. Mendaftar akaun YouTube pada September 2015, kemudian pada tahun 2020, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan, dia mula aktif menerbitkan kandungan hiburan yang santai.
Fakta Menarik
1. Aqil tidak berasal dari keluarga berada, dan sebagai pencipta kandungan di YouTube, dia memanfaatkan peluang ini untuk menyara kehidupan keluarganya sebagai tanda penghargaan dan rasa terima kasih kepada ibu bapanya.
2. Melalui kerjayanya di YouTube, Aqil berjaya mengumpul pendapatan yang mencukupi untuk membeli rumah dan kereta yang menjadi idaman.
3. Selain meraih pendapatan sebagai personaliti laman sosial, dia turut melabur dalam perniagaan makanan dengan membuka kedai kafe yang menghidangkan corndog.
4. Di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke 34 pada tahun 2021, dia berjaya menang dalam kategori YouTuber Popular. Dia menewaskan empat calon Top 5 yang lain iaitu Alieff Irfan, Azfar Heri, Che Nom dan CikiDot Channel, selain mengalahkan beberapa calon awal seperti Syahmi Syazli, Isa Isarb, Ebit Liew, Alyssa Dezek, Princemeed, Zukie Mohamad, Baby Shima, Komkom, Bella Khan, Asa Production, Koroy, Isaac Osman, Jess No Limit, Mtas Production dan Nur Amira Syahira.
5. Pencapaiannya sebagai seorang pencipta kandungan YouTube yang popular tidak hanya diiktiraf di Malaysia, malah di peringkat dunia apabila beliau memenangi kategori Favourite Asian Creator di Nickelodeon Kids' Choice Awards (KCA) 2023. Dia mengalahkan nama-nama besar seperti Gen Halilintar dari Indonesia, Hikakin dari Jepun dan Niana Guerrero dari Filipina.
Aqil (kanan) bersama Akiddos
6. Di laman Youtube, dia telah menerima pengiktirafan Silver Play Button dan Gold Play Button.
Gambar
Kredit foto: Instagram Aqil Zulkiflee
Video
Kredit video: Media Sosial Sebagai Lubuk Duit? | MHI (18 Januari 2021)
Sumber: