Kredit foto: Instagram Aya Amiruddin

      

Biodata

Nama penuh: Fidya Natasha Amiruddin

Nama komersial: Aya Amiruddin

Umur: 26 tahun (2023) 

Tempat lahir / Asal: Kuala Lumpur

Agama: Islam

Pekerjaan: Pelakon, Pelawak, Personaliti Media Sosial

Instagram (IG): freakayaisfreak

       

Latar Belakang

1. Aya mempunyai darah campuran Malaysia dan Afrika, dengan ibu kandungnya berbangsa Melayu dan ayahnya merupakan orang Afrika dari Nigeria. Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan oleh keluarga angkat sejak kecil.

2. Beliau memulakan kerjaya sebagai pencipta kandungan di Instagram, kemudian menyertai platform TikTok. Dalam masa hanya dua hari selepas akaun TikToknya dibuka, beliau memperoleh sebanyak 40,000 pengikut! Kini, beliau mengumpulkan 680,000 pengikut di aplikasi berkenaan.

3. Sebagai seorang pelawak, beliau pernah beraksi di pentas pertandingan Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim 3 pada tahun 2022. Dalam pertandingan itu, Aya bergabung dengan kumpulan Ngam selepas disunting oleh Achok Chilok dan Wan Wala. Beliau juga mencuri perhatian melalui persaingan program Mega Spontan 2023 yang baru berakhir pada bulan lalu.

4. Aya terlibat dalam bidang lakonan sehingga kini menerusi drama berepisod, Budak Hostel Otaknya Sewel, dan juga berlakon dalam telefilem Pontianak 100kg. Tidak hanya itu, beliau mengasah bakatnya dalam arena teater melalui pementasan Maduku Terpaling Kalut.

5. Pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 yang lalu, beliau berkolaborasi dengan dua pencipta kandungan terkenal, Luqman Podolski dan Norreen Iman, kali pertama di pentas berprestij itu, untuk menyampaikan sebuah persembahan nyanyian semasa majlis anugerah.

       

Fakta Menarik

1. Fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

2. Di zaman sekolah beliau tidak mempunyai pengalaman dibuli yang melampau kerana dikelilingi oleh rakan-rakan yang baik dan sentiasa menghargai dirinya.

3. Aktif terlibat dalam sukan lontar peluru semasa di bangku sekolah.

4. Kini mempunyai seorang kekasih bernama Sleem yang menjadi penyokong tegar dalam kerjayanya.

5. Aya juga merupakan sahabat baik dan pasangan duo kepada instafamous Norreen Iman, yang mana mereka kerap berlakon parodi bersama dan karya mereka dikongsi di media sosial.

       

Baca: Biodata Instafamous Norreen Iman

       

Foto

freakayaisfreak

aya amiruddin wikipedia

aya amiruddin suami

siapa aya amiruddin

aya amiruddin

aya amiruddin umur

aya amiruddin islam

aya noreen

aya amiruddin boyfriend

aya amiruddin agama

aya amiruddin parents

aya amiruddin keluarga

aya amiruddin tiktok

aya amiruddin instagram

Kredit foto: Instagram Aya Amiruddin

          

Video

Kredit video: Aya Amiruddin Sayu Raya Tanpa Ibu, Amar Nobita Masih Tersakiti Masa Raya | Gempak TV Raya 2022

          

Sumber:

1. Kekasih pendorong Aya Amiruddin

2. Muzikal Lawak Superstar 3 - NGAM

3. Digelar adik Sean Kingston, gadis ini dah biasa disoal asal usul... fasih cakap Melayu buat ramai keliru, personaliti menarik buat rezeki tak putus

           




Hakcipta iluminasi.com (2017)