Kredit foto: Instagram Dahlia Rizal , X (Twitter) Dahlia Rizal

           

Biodata

Nama sebenar: Nur Dahlia binti Ahmad Rizal

Nama komersial: Dahlia Rizal

Umur: 22 tahun (2023)

Tarikh lahir: 16 Mei 2001

Keluarga: Anak ketiga daripada empat orang adik beradik

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Jurusan Pengurusan Sumber Manusia

Pekerjaan: Model, Pempengaruh Media Sosial

Instagram (IG): @dshazall

TikTok: @indomie.d

        

Fakta Menarik

1. Pada tahun 2019, Dahlia pernah tular di media sosial apabila wajahnya terpampang dalam rancangan Buletin Utama TV3 untuk beberapa ketika. Ketika itu semasa perbicaraan kes SRC International yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dia sedang menghadiri prosiding sebagai salah satu tuntutan dalam pengajian undang-undangnya di sebuah kolej.

2. Tentang hubungan Dahlia dengan pelakon dan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil, mereka mula mengenali antara satu sama lain pada tahun 2017 ketika Dahlia masih berusia 16 tahun, manakala Imran pula berumur 18 tahun. Momen itu terjadi semasa pasangan ini bermain badminton bersama dengan saudara-mara mereka. Cinta mereka mula berputik apabila Imran cuba mendapatkan pendapat Dahlia tentang masalah yang sedang dihadapinya. Kemudian Imran bertanya kepada adik-beradik Dahlia mengenai status Dahlia. Apabila mengetahui bahawa Dahlia masih 'solo', dia tampil membuat lamaran terhadap wanita ini.

3. Imran berkongsi bahawa fasa pertunangan mereka sempat diuji dengan kewujudan orang ketiga dari kalangan orang kenamaan yang berusaha untuk mendekati Dahlia. Namun, dalam situasi itu, mereka tetap mempercayai satu sama lain.

4. Imran menggambarkan Dahlia sebagai seorang wanita yang ceria dan pemurah, tenang dalam menghadapi cabaran serta mempunyai ciri-ciri keibuan yang ketara.

5. Netizen berpendapat wajah Dahlia mempunyai persamaan dengan ibu Imran, yang masih kekal muda dan cantik walaupun telah meningkat usia.

        

Fakta Dahlia Rizal

1. Mempunyai darah kacukan Cina dan Arab dalam dirinya.

2. Adik-beradiknya yang lain termasuk Alif Rizal (anak sulung), Balqis Rizal (anak kedua) dan Amin Rizal (anak keempat). Selain itu adalah Hafizah (adik-beradik berlainan bapa), termasuk adik-beradik berlainan ibu iaitu Hannah, Harith dan Manan.

3. Dahlia berkahwin dengan Imran Aqil pada 9 September 2023 dalam majlis yang diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Mereka terlebih dahulu bertunang pada 21 Ogos 2022.

         

Baca: 10 Fakta Pelakon Imran Aqil Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Imran Aqil, Peserta Hero Remaja 2020, Suami Kepada Dahlia Rizal

Baca: Biodata Nabil Aqil, Peserta Hero Remaja 2017, Abang Kepada Imran Aqil

Baca: 8 Fakta Pelakon Nabil Aqil Yang Ramai Tak Tahu!

        

Foto

dahlia rizal instagram

dahlia rizal twitter

siapa dahlia rizal

dahlia rizal age

dahlia rizal kahwin

dahlia rizal umur

dahlia rizal wikipedia

nur dahlia ahmad rizal

dahlia rizal

imran aqil 846

imran dahlia

Gambar Dahlia bersama Imran. Sebelum ini, Imran pernah menjalin hubungan dengan Nik Nazira Narriman, yang kini sudah menjadi isteri kepada penyanyi Yonnyboii

imran aqil dahlia

dahlia kahwin

dahlia rizal tinggi

Kredit foto: Instagram Dahlia Rizal , X (Twitter) Dahlia Rizal

         

Video

Kredit video: Siblings Podcast EP 1 : Ups & Downs in 2022

         

Sumber:

1. 'Adik manis' ni tak perasan katanya

2. #ThrowbackXTRA: Imran Aqil Imbau Momen Berkenalan Dengan Dahlia Rizal

3. Imran Aqil sedia pikul tanggungjawab bergelar suami

4. [VIDEO] Persiapan Kahwin Dah 70 Peratus, Imran Aqil Kongsi Dugaan Bertunang – “Ada Orang Kenamaan Cuba Mendekati Tunang Saya”

5. Instagram Dahlia Rizal

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)