Kredit foto: Instagram Imran Bard

   

Siapa Imran Bard? Menempa populariti pantas di platform TikTok, pesohor media sosial bernama penuh Muhammad Al Imran Badaruddin atau lebih dikenali sebagai Imran Bard, adalah satu nama yang sudah tidak asing lagi dalam arena media sosial di Malaysia.

Beliau terkenal dalam semalaman melalui fenomena viral di internet sehingga namanya sejajar dengan bintang media sosial seperti Azfar Heri dan Hafiz Mahamad, dengan menerima pencalonan dalam acara Gempak Most Wanted Awards 2022 yang akan berlangsung pada 26 Februari 2023 ini.

Mari kenali latar belakang Imran yang mempunyai pengaruh besar di TikTok dengan jumlah pengikut sebanyak 1.7 juta ini.

Biodata

Nama sebenar: Muhammad Al Imran Badaruddin

Nama komersial: Imran Bard

Umur: 22 tahun (2023)

Tarikh lahir: 18 Oktober 2001

Asal: Anak jati Melaka yang menetap di Segamat, Johor

Keluarga: Faridah Barjuri (ibu)

Pendidikan: Diploma Jurusan Seni Kulinari

Kerjaya: Personaliti TikTok dan Instagram, Youtuber

Instagram (IG): @imranbard

Latar Belakang

1. Imran dikenali di platform media sosialnya dengan kandungan video memasak dan tarian yang diselangi dengan percakapan yang bersahaja.

2. Akaun Tiktoknya telah diikuti oleh lebih daripada 1.7 juta pengguna, sementara akaun Instagramnya mempunyai kira-kira 500,000 pengikut dan terdapat 445,000 pelanggan di platform YouTubenya.

3. Trademark yang sering didengar darinya, "ghisau ghisau" yang sering dimasukkan ke dalam dialognya, menjadi popular di kalangan ramai termasuk selebriti terkenal negara seperti Fazura dan Ben Amir.

4. Pada tahun 2022, Imran telah memeriahkan pentas peragaan fesyen Hatta Dolmat sebagai salah seorang model yang memperagakan pakaian hasil rekaan pereka terkenal tersebut, dalam acara fesyennya.

5. Menghasilkan sebuah filem pendek bertajuk 'Beradik' pada tahun 2022 dan dimuat naik ke dalam akaun YouTube miliknya, yang membawa penceritaan yang menyentuh hati hingga menerima sanjungan dari peminat.

6. Terkini, namanya terpilih sebagai salah satu daripada lima calon untuk kategori Digital Influencer Tergempak dalam acara Gempak Most Wanted Awards 2022 yang akan diadakan pada 26 Februari 2023. Calon lain termasuklah Azfar Heri, Hafiz Mahamad, Nelysa Norazlan dan Ceddy Ang.

Fakta Menarik

1. Nama panggilannya adalah Imran.

2. Memiliki ketinggian sekitar 180 sentimeter (cm).

3. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik.

4. Mulai aktif di platform TikTok sejak bulan Julai 2021.

5. Di TikTok, dia dikenali dengan jolokan "Anak Kiriman Heaven".

6. Kecintaannya pada bidang masakan bermula sejak usia kecil kerana ibunya merupakan seorang pengusaha kedai makan.

Gambar

imran bard

imran bard age

imran bard asal mana

imran bard ig

imran bard umur

imran bard birthday

imran bard height

imran bard tiktok

imran bard wikipedia

imran bard tinggi

siapa imran bard

Kredit foto: Instagram Imran Bard

Video

Kredit video: Journey ku ke KL dengan Kancil

Sumber:

1. Pemuda ini pelik dirinya dianggap menghiburkan warganet sehingga digelar ‘Anak Kiriman Heaven’ - “Keluarga pun cakap saya tak kelakar”

2. Imran teruja menggayakan pakaian rekaan Hatta Dolmat

3. Saya tak ‘good looking’ nak jadi pelakon – Imran Bard

4. Berbaloi berangan! Ketika menganggur dan jadi ‘beban keluarga’, Imran Bard dijemput catwalk peragakan fesyen Hatta Dolmat




Hakcipta iluminasi.com (2017)