Kredit foto: Instagram Haqiem Stopa
Siapa Haqiem Stopa? Pemilik nama penuh Muhammad Sadzri Hakim Jaafar ini merupakan personaliti media sosial yang terkenal dengan membawakan kandungan berkonsepkan permotoran.
Biodata
Nama sebenar: Muhammad Sadzri Hakim bin Jaafar
Nama komersial: Haqiem Stopa
Umur: 22 tahun (2022)
Tarikh lahir: Mac 2000
Asal: Tanah Merah, Kelantan
Keluarga: Anak bongsu daripada 12 adik beradik
Kelulusan / Pendidikan : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan - bersekolah setakat di Tingkatan Dua
Kerjaya: Personaliti media sosial - TikTok, Instagram, Facebook, Youtube
Instagram (IG): @haqiem_stopa
Latar Belakang Dan Fakta Menarik
1. Haqiem mula bekerja sebagai pembantu restoran di negeri Kelantan, kemudian meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke ibu kota enam tahun lalu.
2. Antara pekerjaan yang telah dilakukan termasuk menjadi pembantu di kedai telefon bimbit dan pekerja di resort golf.
3. Disebabkan minat yang mendalam terhadap dunia motosikal, dia mengeluarkan wang simpanan untuk membeli kenderaan tersebut. Daripada hobi bertukar menjadi kerjaya apabila melihat peluang menjalankan perniagaan minyak hitam bermodalkan wang simpanannya.
4. Hasratnya mahu mengubah persepsi masyarakat yang memandang rendah golongan yang gemar bermain motosikal. Pada masa hadapan, dia akan mengembangkan lagi perniagaannya, rentetan sambutan hangat yang diterima daripada pelanggan.
Kontroversi
Namanya menjadi viral pada Mei 2022 apabila Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberinya gelaran "ikon permotoran anak muda" sehingga mengundang kritikan netizen di media sosial.
Netizen mempersoalkan kelayakannya untuk diberikan jolokan itu kerana beranggapan ramai pelumba yang mengharumkan nama negara seperti Hafizh Syahrin Abdullah, Azlan Shah Kamaruzaman dan Affendi Rosli, lebih wajar diberi label tersebut.
Namun Haqiem menjelaskan ia hanya salah faham kerana gelaran yang diberikan bukanlah gelaran rasmi.
Pada Julai 2022, kehadirannya sebagai penceramah jemputan di program motivasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besi dipersoalkan orang ramai, namun Haqiem menerusi Instagram (IG) Storynya menegaskan pembabitannya di situ bukan untuk mengajar pelajar menunggang motosikal, tetapi lebih kepada berkongsi pengalamannya yang bangkit daripada kegagalan hidup.
Pada bulan yang sama, Haqiem disaman atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu, selain nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi, ketika memandu kereta Audi di Jalan Raja Laut.
Dia membuat laporan polis apabila mendapati butiran peribadi yang tertera dalam notis samannya disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial. Tujuan berbuat demikian adalah kerana dia ingin melindungi dirinya dan menjaga keselamatan keluarganya.
Menerusi laporan portal Mstar pada 21 Julai 2022, Haqiem menafikan dakwaan dia sudah bertunang kerana menurutnya ia hanya spekulasi yang dibuat orang ramai.
Jelas Haqiem, penampilannya yang sering menggunakan tongkat untuk berjalan adalah kerana terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkannya patah kaki kanan tahun lalu.
Gambar
Haqiem terkenal dengan pembawaan imej rempit dan konten berkisar motor
Kredit foto: Instagram Haqiem Stopa
Video
Kredit video: Luahan hati Haqiem Stopa… mental terganggu kerana gelaran ikon permotoran
Sumber:
1. Sentiasa berusaha ubah hidup, meski bersekolah setakat Tingkatan 2
2. Luahan hati Haqiem Stopa… mental terganggu kerana gelaran ikon permotoran
3. Data peribadi tular di laman sosial, Haqiem buat laporan polis