Kredit foto: Instagram Budak 46

   

Siapa Budak 46? Muhammad Ammarzulkha Helmi atau lebih dikenali umum sebagai Budak 46 merupakan seorang personaliti media sosial dan pengguna TikTok Malaysia yang terkenal dengan aksi dan gaya 'slow motion' secara manual.

Aksi 'slow motion' itu menjadi ikutan ramai, malah turut digayakan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama penuhnya, Muhammad Ammarzulkha bin Helmi.
  • Menggunakan nama komersial, Budak 46.
  • Lebih mesra disapa sebagai Ammar.
  • Berumur 24 tahun (2020).
  • Lahir pada 5 April 1996.
  • Berasal dari Pulau Pinang.
  • Bergiat sebagai seorang personaliti media sosial, antaranya di TikTok, Bigo, Instagram dan Youtube.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @officially_budak46 sehingga kini mencatatkan lebih 218,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Terkenal kerana sering menghasilkan rakaman video tarian gerak perlahan atau slow-mo secara manual tanpa bantuan suntingan daripada sebarang aplikasi.
  • Asalnya video yang dikongsi berniat suka-suka tanpa menjangka ianya bakal menjadi tular di kalangan warganet.
  • Nama '46' yang digunakan dalam nama komersialnya adalah rentetan minatnya terhadap dua angka itu secara peribadi yang mana ia tiada kaitan sama sekali dengan pelumba terkenal, Valentino Rossi.
  • Menghasilkan lebih banyak video slow-mo selepas video tariannya sering dibanding-bandingkan dengan rakan TikToker, Coki.
  • Akui tidak mempunyai masalah secara peribadi dengan Coki walaupun sering dilawankan di kalangan peminat.
  • Kerjayanya sebagai personaliti media sosial mendapat sokongan padu daripada keluarga dan kedua ibu bapa.
  • Cita-citanya bergelar selebriti pernah dianggap sebagai sesuatu yang mustahil oleh kedua orang tuanya.
  • Mula menghasilkan video TikTok sejak tahun 2018, namun mula meraih populariti pada 2020.
  • Sebelum bergelar selebriti, beliau menyara kehidupan dengan membantu bapanya berniaga pakaian di pasar malam.
  • Kini menjana pendapatan menerusi laman sosial seperti Youtube dan Bigo, selain membuat ulasan makanan dan produk serta iklan.
  • Meminati bidang lakonan sejak kecil dan bersedia untuk menerima sebarang tawaran lakonan sekiranya ada pihak yang berminat.
  • Menganggap para 'haters' sebagai punca namanya melonjak naik.
  • Kini hanya memberi fokus sepenuhnya terhadap pekerjaan sebagai seorang personaliti media sosial.

   

Baca: Biodata Bintang TikTok, Coki

   

Foto

budak 46 dulu

siapa budak 46

wikipedia budak 46

umur budak 46

keluarga budak 46

budak 46 ig

budak 46 tiktok

budak 46 slowmo

nama sebenar budak 46

budak 46 meletop

budak 46

Kredit foto: Instagram Budak 46

   

Video

Kredit video: Budak 46 dah lama pasang angan-angan nak jadi artis, tak sangka makin famous

   

Kredit video: Budak 46 'reject' lamaran Kak Lina Pom Pom | MeleTOP | Nabil Ahmad

    

Sumber:

1. “Dulu depa kata jangan berangan!” - Budak 46 buktikan kepada ibu bapa mampu jadi popular macam artis

2. #GengPagiHot : Budak46 Ajar Buat Slowmo?!

3. “Mana Dia Nak Cekau Duit, Kesian Tak Boleh TikTok” - Budak 46 Kena Troll Sebab Isu Lesen FINAS?

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)