Kredit foto: Instagram Khairul Aming

       

Siapa Khairul Aming? Pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, yang berumur 31 tahun (2023) ini merupakan seorang pembikin konten dan saat ini adalah salah seorang calon dalam TikTok Awards Malaysia (Anugerah TikTok Malaysia) 2023, sebuah acara tahunan terbesar TikTok tahun ini, yang merupakan kali pertama diadakan di Malaysia dengan kerjasama daripada TV3.

        

khairul aming

         

Siapakah Khairul Aming? Jom Ikuti 10 Fakta Biodatanya...

          

khairul aming family

           

1. Dalam keluarganya, si anak jati Kelantan ini adalah yang ketiga daripada empat orang adik-beradik.

           

khairul aming umur

          

2. Tarikh kelahirannya adalah pada 25 September 1992.

          

khairul aming education background

          

3. Dalam hal pendidikan, dia telah mengukir kejayaan dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Vanderbilt University, Tennessee, Amerika Syarikat.

          

khairul aming company

         

4. Popularitinya seakan selebriti, bukan hanya terkenal di Instagram (IG) dengan jumlah pengikut sebanyak 3.7 juta, bahkan memiliki 3.6 juta pengikut di aplikasi TikTok.

         

khairul aming tiktok

          

5. Sebagai seorang pempengaruh yang gemar berkongsi video resepi masakan di media sosial, hingga mencapai jutaan tontonan, dia telah menarik perhatian ramai dengan pelbagai resepi air tangannya yang popular, antaranya ialah Ayam Tiram Thai, Ayam Buttermilk, Tomyam Seafood, Daging Dendeng, Nasi Tomato & Acar, Nasi Ayam, Sup Tulang, Ayam Kam Heong dan banyak lagi.

          

khairul aming instagram

          

6. Dalam arena memasak, Khairul amat mengagumi dan meletakkan chef selebriti terkenal, Jamie Oliver sebagai idola serta sumber inspirasi utamanya dalam bidang ini.

         

khairul aming youtube

         

7. Difahamkan, minatnya dalam dunia masakan muncul ketika masih bersekolah rendah apabila dia meminati pelbagai rancangan masakan yang ditayangkan di televisyen.

         

khairul aming wikipedia

         

Ketika berada di darjah lima, walaupun awalnya tidak mempunyai pengetahuan tentang seni memasak apatah lagi impian untuk menjadi seorang chef terkenal, dia rajin menjenguk ibunya di dapur, yang secara tidak langsung memberikannya pengalaman berharga dalam bidang ini.

         

khairul aming kilang

         

8. Produk sambal yang dikeluarkan oleh syarikat perniagaannya, Sambal Nyet Berapi, telah menjadi kegemaran pengguna sejak dia memulakan bisnes ini pada awal tahun 2021. Diberitakan bahawa kini dia telah memiliki dua buah kilang untuk menjana bekalan yang mencukupi bagi menampung permintaan yang terus meningkat.

          

khairul aming sambal nyet

           

9. Mengenai statusnya, Khairul mendedahkan dia masih menjalani kehidupan bujang dan belum merancang untuk mengakhiri zaman solo kerana kesibukan dalam kerjaya sebagai pencipta konten dan perniagaan. Namun, dia berjanji untuk tidak menyembunyikan jika suatu hari nanti memutuskan untuk berkahwin.

           

resipi khairul aming 34

          

Selain itu, dia juga berkongsi bahawa dia tidak pernah menetapkan syarat calon isteri yang perlu pandai memasak, kerana bersedia untuk memainkan tanggungjawab di dapur dengan kecekapan dalam bidang masakan yang dimilikinya.

          

resipi ayam khairul aming

Kredit foto: Instagram Khairul Aming , X (Twitter) Khairul Aming

          

10. Pada acara TikTok Awards Malaysia 2023 yang bakal berlangsung pada Ahad ini, Khairul telah dinominasikan dalam kategori Creator Of The Year bersama-sama dengan pempengaruh Ceddy Ang, Sally Whoo, Boss James, Auntie Purple dan Lawyer Gandhi.

Lagi personaliti TikTok yang disenaraikan dalam kategori-kategori pencalonan lain termasuklah Sofyank, Ryan Bakery, Jovynn, Gaston Pong, Gigi Cheoh, Alex Hkf, Dr Ben Gee, Ikhmal Nour, Azrul Affandi Sobry, Zarul Hafiz, Chef Dave, Yuki Dance, Hafiz Alongg, Tiger Labu, Ervan Rizuan, DJ Garyislit, Anas Zahrin dan ramai lagi.

          

* TikTok Awards Malaysia 2023 bakal disiarkan secara langsung di TV3 dan akaun TikTok Malaysia dari jam 9 malam pada 27 Ogos ini.

           

Baca: 8 Fakta Khairul Aming Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Senarai Keputusan Pemenang TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023)

Baca: Senarai Calon, Kategori, Undian, Persembahan, Tarikh TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023)

Baca: Biodata Ceddy Ang, Personaliti TikTok Calon TikTok Awards Malaysia 2023

Baca: Biodata Sally Who (Sally Whoo), Personaliti TikTok Calon TikTok Awards Malaysia 2023

         

Untuk biodata penuh Khairul Aming, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Youtuber Masakan, Khairul Aming

        

Kredit video: Ayam Goreng Kunyit | Khairulaming

       

Sumber:

1. Instagram Khairul Aming

2. Tiga perkara yang ditekankan Khairulaming sebelum bikin video masakan

3. [V] Wanita tak pandai masak boleh ‘pinang’ Khairul Aming, sanggup ajar bakal isteri masuk dapur... “Tiba masa nanti saya umum”

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)