Biodata

Nama penuh: Nur Syifa Athirah Amirol Melvin

Nama popular: Syifa Melvin

Umur: 24 tahun (2018)

Kelahiran: Parit Buntar, Perak

Pekerjaan: Pelakon, instafamous dan jurusolek

Media sosial: Instagram @syifamelvin

Fakta Menarik

1. Berdarah kacukan Melayu-Cina.

2. Anak ketiga daripada lima beradik. Kesemua adik-beradiknya adalah perempuan. Mereka mempunyai pertalian yang rapat dan gemar berjenaka sesama sendiri.

3. Syifa juga merupakan adik kepada pelakon popular, Syatilla Melvin.

4. Sering disalah anggap sebagai kakaknya kerana wajah yang seiras.

5. Enggan menumpang populariti Syatilla mahupun abangnya iparnya, pelakon Shaheizy Sam.

6. Selepas menamatkan persekolahan pada tahun 2011, Syifa dikenali sebagai instafamous yang aktif berinteraksi dengan pengikut di media sosial.

7. Menggunakan medium laman sosial, selain bergelar model Muslimah dan mengambil tawaran sebagai pengacara program televisyen untuk membina nama dalam dunia hiburan.

8. Mula berminat menceburi dunia lakonan selepas terbabit sebagai hos program Pesona Muslimah pada tahun 2017 di mana sejak itu, beliau semakin selesa beraksi di hadapan kamera.

9. Bersedia untuk mendalami ilmu lakonan dengan menghadiri kelas yang dianjurkan mana-mana pelakon berpengalaman.

10. Gemar bereksperimentasi dengan produk solekan.

11. Suka bercakap.

12. Memakai saiz baju dan kasut yang sama dengan Syatilla. Mereka gemar berkongsi dan menganggap ianya kelebihan sebagai adik-beradik.

13. Terkini, beliau bergandingan dengan penyanyi Nabila Razali dan Sarah Suhairi, selaku teraju utama drama tajaan Sunsilk siaran TV3 dan ntv7 berjudul #siscuba, ke udara sebanyak lima episod. Ia merupakan lakonan sulungnya dalam dunia seni.

Foto

biodata syifa melvin pelakon dan instafamous popular 2 849

biodata syifa melvin pelakon dan instafamous popular 3 289

biodata syifa melvin pelakon dan instafamous popular 4 935

biodata syifa melvin pelakon dan instafamous popular 5 782

biodata syifa melvin pelakon dan instafamous popular 6 421

biodata syifa melvin pelakon dan instafamous popular 7 637

Video

Kredit:

1. Kosmo

2. Nona

3. BH Online

4. Instagram Syifa Melvin




Hakcipta iluminasi.com (2017)