Kredit foto: Instagram Syida Melvin

    

Siti Nur Syida Amirol Melvin atau nama popularnya, Syida Melvin merupakan seorang aktres yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin dan Syifa Melvin.

Kakak sulungnya ialah Syafiqa Melvin iaitu pemenang tempat kedua rancangan Gadis Melayu, manakala abangnya iparnya adalah aktor Shaheizy Sam yang juga suami kepada Syatilla Melvin.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Siti Nur Syida Amirol Melvin.
  • Menggunakan nama komersial, Syida Melvin.
  • Berumur 23 tahun (2020).
  • Anak keempat daripada lima beradik. Tiga adik-beradiknya yang turut mencipta nama ialah Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 30 tahun, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 29 tahun dan Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26 tahun.
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Visual Communication and Marketing daripada MSU, Shah Alam.
  • Memulakan karier seni selepas penyertaan dalam sesi uji bakat lakonan bersempena penganjuran Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017.
  • Bakat lakonannya mula dikesan oleh penerbit drama, Fadzil Teh yang melamarnya untuk kemunculan sulung di layar kaca dalam telefilem Dodol Untuk Menantu, siaran RTM.
  • Lain-lain drama dibintanginya termasuk Cinta Yang Ku Rasa dan Rahasia Kasih.
  • Berkahwin dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen pada 19 Januari 2019 dan baru sahaja menerima kelahiran cahaya mata perempuan bernama Safa Safeera pada 20 Februari 2020.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @syidamelvin sehingga kini mencatatkan lebih 260,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Bapanya berketurunan Jepun, manakala ibunya daripada keturunan Melayu.
  • Berperwatakan pendiam berbanding adik-beradik lain.
  • Suaminya merupakan anak lelaki kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd yang juga usahawan terkenal digelar Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Maznah Hamid.
  • Beliau bersama tiga adik-beradiknya bekerjasama dalam mengeluarkan produk kecantikan diberi nama Kekasih By The Melvins.
  • Bertugas dalam bahagian pengurusan kewangan.
  • Meminati dunia lakonan selepas sering menemani kakaknya ke set penggambaran sewaktu masih berumur 16 dan 17 tahun.
  • Mengidolakan pelakon dan pengarah berkaliber, Elly Suriaty.
  • Mengidamkan watak lain daripada yang lain iaitu berbentuk antagonis memandangkan acapkali menerima tawaran watak baik.
  • Mendapat tunjuk ajar seni lakonan daripada kelas anjuran Fauziah Ahmad Daud.
  • Enggan dikenali kerana paras rupa, sebaliknya ingin berdiri atas kualiti bakat dimiliki.

    

Foto

syida melvin

umur syida melvin

ibu syida melvin

syida melvin kahwin

suami syida melvin

adik beradik melvin

syifa melvin

Kredit foto: Instagram Syida Melvin

    

Video

Kredit video: Mahligai Cinta (2019): Perkahwinan Syida Melvin, adik kepada pelakon Syatilla Melvin

    

Sumber:

1. Syida Melvin curi perhatian

2. Ceritera 4 Beradik Melvin Dari Layar Seni Ke Dunia Bisnes

3. Wikipedia Syatilla Melvin

4. Tahniah Syida dan Syafiq

5. Syida Melvin Kongsi Gambar Baby Girl, Ramai Kata Iras Wajah Syeriv!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)