Kredit foto: Instagram Syafiqa Melvin

     

Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin atau nama popularnya, Syafiqa Melvin merupakan seorang sosialit Malaysia kelahiran program realiti Gadis Melayu musim kedua.

Beliau adalah kakak kepada aktres Syatilla Melvin, Syifa Melvin dan Syida Melvin, manakala adik iparnya ialah aktor Shaheizy Sam yang juga suami kepada Syatilla.

     

Biodata

  • Nama sebenarnya, Siti Nur Syafiqa binti Amirol Melvin.
  • Menggunakan nama komersial, Syafiqa Melvin.
  • Berumur 31 tahun (2020).
  • Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Anak sulung daripada lima beradik.
  • Empat lagi adik-beradiknya ialah Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 29 tahun, Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26 tahun, Siti Nur Syida Amirol Melvin, 23 tahun dan Melvina.
  • Berkelulusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • Mula menempa populariti selepas penyertaan dalam rancangan realiti Gadis Melayu musim kedua siaran TV9 pada 2009 yang menobatkannya sebagai juara.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @syafiqamelvin sehingga kini mengumpul lebih 120,00 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Bapanya berketurunan Jepun, manakala ibunya daripada keturunan Melayu.
  • Beliau bersama tiga beradiknya menjalinkan kerjasama dalam perusahaan produk kecantikan diberi nama Kekasih By The Melvins.
  • Merupakan individu pertama dalam keluarga yang terjun ke dunia seni.
  • Pernah menghoskan rancangan ‘Bersamamu’ siaran TV3.
  • Pernah mengusahakan perniagaan pakaian pada 2013.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada 13 Julai 2012. Zainal Abidin merupakan seorang duda yang kehilangan isterinya, Datin Shazarina Shamsuddin pada 22 Disember 2010 kerana penyakit barah hati dan paru-paru.
  • Zainal Abidin menghembuskan nafas terakhir pada 2018 selepas menderita kanser darah, meninggalkan Syafiqa dan dua cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka. Selain itu, Allahyarham memiliki empat lagi zuriat hasil perkahwinan pertama.

    

Foto

syafiqa melvin

syafiqa melvin kahwin

syifa melvin 244

adik beradik melvin 132

instagram syafiqa melvin

adik beradik syifa melvin

anak syafiqa melvin

suami syafiqa melvin

Kredit foto: Instagram Syafiqa Melvin

    

Video

Kredit video: Lawak! Neelofa 'makeup' kan Nabil Ahmad | MeleTOP | The Melvins

    

Sumber:

1. Ceritera 4 Beradik Melvin Dari Layar Seni Ke Dunia Bisnes

2. Wikipedia Syafiqa Melvin

3. Wikipedia Syatilla Melvin

4. "Tak berselera, tapi tetap jamah sambal tumis telur" - Syafiqa Melvin

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)