Kredit foto: Instagram @shaheizy_sam

     

Biodata

1. Nama penuhnya, Shaheizy Sam bin Abdul Samad. Dikenali sebagai Shaheizy Sam.

2. Lahir pada 4 September 1982 di Petaling Jaya, Selangor.

3. Berusia 37 tahun.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Anak kepada pasangan Abdul Samad Jaaman (bapa) dan Khaty Fauziah (ibu). Bapanya yang meninggal dunia pada 9 April 1995 kerana kanser kronik merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor, manakala ibunya pula bergiat aktif sebagai pelakon.

6. Anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.

7. Adik-beradiknya yang lain juga terbabit sebagai anak seni iaitu pelakon Zizie Ezette (kakak), Ahmad Shah Al-Jeffry atau Jeff (abang) bekas anggota kumpulan A to Z dan Samzy Fuzette bekas pelakon yang kini aktif dalam bidang perniagaan.

8. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1995 sebagai pelakon, pelawak dan penyanyi.

9. Antara drama dibintanginya seperti Elly, KL Menjerit The Series, Kisah Cinta dan Aku Bukan Bimbo. Termasuk telefilem Pa'e, Kelab Wayang Gambar, Kubur Tak Bertanda, Nyanyian Sakaratul Maut dan Baby Bro.

10. Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem Adnan Semp-It, Manisnya Cinta di Cappadoccia, Polis Evo, Pinjamkan Hatiku, Mamak Cupcake dan SAM: Saya Amat Mencintaimu.

11. Pernah menganggotai kumpulan hip hop, M.O.B yang aktif dalam persembahan 'gig underground' bersama beberapa lagi ahli iaitu Syed Hussein (Saint), Shear Khan (Shear), Aminudin Zahil (Zack), Amirul Asuad (SWAT) dan Darawee (Dara).

12. Sebagai penyanyi solo, beberapa single yang pernah dirakamkannya seperti Begini Caranya (duet bersama Yana Samsudin), Bangun (duet bersama Liyana Jasmay) dan Gol! Gol! Gol! (duet bersama Aniu).

13. Meraih pelbagai pengiktirafan anugerah seperti trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23, Pelakon Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 dan Pelakon Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin ke-16.

14. Antara selebriti wanita yang pernah dikaitkan bercinta dengannya ialah pelakon Tengku Putri Najwa (Wawa) dan Fazura.

15. Beliau bagaimanapun menamatkan zaman bujang dengan pelakon Syatilla Melvin pada 8 Februari 2016 dan sehingga kini hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy (lahir 9 Mei 2017) dan Sarima Samheizy (lahir 17 April 2019).

      

Foto

biodata dan latar belakang pelakon shaheizy sam 2

biodata dan latar belakang pelakon shaheizy sam 3

biodata dan latar belakang pelakon shaheizy sam 4

biodata dan latar belakang pelakon shaheizy sam 5

biodata dan latar belakang pelakon shaheizy sam 6

Kredit foto: Instagram @shaheizy_sam

     

Video

Kredit video: Youtube Era

    

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Myartis

3. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)