Kredit foto: Instagram @samtilla 

     

Dia bukanlah nama baharu dalam dunia hiburan, malah bakatnya sebagai anak seni dikesan sejak penyertaan dalam pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 yang dijuarai pelakon Neelofa.

Ayuh berkenalan dengan lebih dekat dengan Syatilla Melvin yang juga merupakan kakak kepada aktres meningkat naik, Syifa Melvin.

    

Biodata

1. Pemilik nama penuh Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin.

2. Menggunakan nama komersial, Syatilla Melvin. Nama panggilannya yang lain ialah Tilla.

3. Kelahiran Parit Buntar, Perak pada 8 Februari 1991.

4. Kini berusia 28 tahun (2019).

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

6. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

7. Bapanya, Amirol Melvin Abdullah berketurunan Jepun, manakala ibunya, Robiah Abd. Rahman pula berketurunan Melayu.

8. Anak kedua daripada lima orang adik-beradik.

9. Kakak sulungnya, Syafiqa pernah menduduki tangga kedua program Gadis Melayu. Adiknya, Syifa pula terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon dan model. Dua lagi adiknya yang lain ialah Syida dan Melvina.

10. Merupakan pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

11. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 yang antara lain disertai Neelofa, Izara Aishah, Anzalna Nasir, Azar Azmi dan Ramona Zamzam.

12. Juga menjuarai program realiti, Gadis Melayu musim kedua, anjuran saluran TV9.

13. Namanya telah dikreditkan menerusi beberapa watak dilakonkan di layar kaca seperti drama BFF Teman Tapi Mesra, Julia, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Ariana Rose, Dia Isteri Luar Biasa dan Selafaz Cinta.

14. Termasuk telefilem PA Cinta, Tika Kau Tiada, Chombee Anak Mamu, Hijab Seorang Isteri, Kalung Kak Dara dan banyak lagi.

15. Sah bergelar isteri kepada pelakon Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016. Mereka menerima dua rezeki cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017 dan Sarima Samheizy pada 16 April 2019.

     

Foto

syatilla melvin ig

syatilla melvin shaheizy sam

syatilla syida melvin

syatilla melvin saharul ridzwan

syatilla melvin kahwin

Kredit foto: Instagram @samtilla

     

Video

Kredit video: Youtube Astro Awani

    

Sumber:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Harian Metro

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)