Oleh pada 21 Jun 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Syarifuddin Azman

Siapa Syarifuddin Azman? Beliau yang juga dikenali sebagai Damok ini merupakan seorang pelumba motosikal profesional dari Malaysia.

Pada 13 Jun 2021, atlet muda ini telah muncul sebagai juara dalam perlumbaan 1 saingan CEV Moto3 Remaja Dunia yang diadakan di Litar Catalunya, Sepanyol.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama sebenarnya, Muhammad Syarifuddin bin Azman.

2. Menggunakan nama komersial, Syarifuddin Azman.

3. Berumur 20 tahun (2021).

4. Lahir / berasal dari negeri Selangor pada 24 November 2001.

5. Berkecimpung dalam dunia sukan sebagai atlet negara dalam sukan permotoran.

6. Namanya meledak selepas penyertaan dalam kejohanan Cub Prix 2016.

7. Menggunakan akaun Instagram (IG), @syarifuddinazman yang sehingga kini mengumpul lebih 12,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Juga popular dengan nama jolokan, 'Damok'.

2. Dibesarkan dalam keluarga yang kurang berkemampuan.

3. Bapanya, Azman Amir merupakan individu yang bertanggungjawab melatihnya sewaktu peringkat awal.

4. Mereka yang asalnya menanggung sendiri kos latihan, pernah diuji apabila tidak mempunyai motosikal untuk dibawa berlatih menjelang kejohanan Cub Prix 2016. Bapanya kemudian telah mendedahkan masalah dihadapi di sebuah 'group' motocross, sebelum mendapat perhatian seorang individu yang bermurah hati memberikan sebuah motor yang sudah lama tidak digunakan.

5. Damok menjadikan pelumba Adam Norrodin yang banyak menurunkan ilmu kepadanya, sebagai inspirasi.

6. Nama 'Damok' berasal dari nama panggilan 'Dak Gemok' yang diberikan oleh rakan-rakan bapanya ketika beliau berbadan gempal di usia kecil.

7. Pada 13 Jun 2021, beliau telah mengharumkan nama Malaysia selepas memenangi perlumbaan pertama saingan CEV Moto3 Remaja Dunia yang berlangsung di Litar Catalunya, Sepanyol. Beliau yang bermula di petak ke-10, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat untuk 16 pusingan sejauh 74.5 kilometer.

8. Di perlumbaan kedua, nasib bagaimanapun tidak menyebelahinya apabila terlibat dengan kemalangan pada pusingan ke-11.

Lain-Lain Pencapaian

2016 - Juara Yamaha PETRONAS Super Series, Malaysian Cub Prix

2017 - Tempat keempat, Wira, Malaysian Cub Prix

2018 - Juara, Wira, Malaysian Cub Prix

2019 - CP115 – Malaysian Cub Prix Championship Idemitsu Asia Talent Cup

Baca: 5 Filem Permotoran Tempatan Wajib Ditonton 'Mat Motor'

Gambar

syarifuddin azman ig

syarifuddin azman wikipedia

damok

syarifuddin azman asal

hafizh syahrin

syarifuddin azman umur

syarifuddin azman motogp

syarifuddin azman cev

syarifuddin azman

syarifuddin azman moto3 241

Kredit foto: Facebook Muhammad Syarifuddin Azman & Instagram Syarifuddin Azman

Video

Kredit video: Syarifuddin Azman Juara CEV Moto3 Remaja Dunia | MHI (15 Jun 2021)

Sumber:

1. Syarifuddin kuasai litar Losail

2. Syarifuddin Azman Juara CEV Moto3 Remaja Dunia | MHI (15 Jun 2021)

3. Idemitsu Boon Siew Honda Racing to ‘Test The AP250 Waters’ ahead of planned full season debut in 2020

4. Ayah sebak kejayaan Damok di Sepanyol

5. Adam inspirasi Damok, Juan harap peningkatan di Jerez

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)