Oleh pada 19 Dec 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Johan Ghazali , Facebook Johan Ghazali

        

Petarung muda negara, Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo, mengejutkan Malaysia dengan pencapaian gemilangnya dalam gelanggang muay thai antarabangsa.

        

jojo 11821

        

Kejayaan jaguh muda sukan tempur itu mula mendapat sorotan selepas memenangi Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA di Petaling Jaya pada Ogos 2022.

        

jojo ghazali birthday 88547

       

Kemasyhurannya melonjak apabila dia berjaya menumpaskan Padetsuk Fairtex dari Thailand dalam hanya 16 saat pada kemunculan pertamanya di arena ONE Championship, bulan Februari yang lepas.

Dia yang meraih kontrak bernilai lumayan daripada ONE Championship masih belum menelan kekalahan dalam lima siri pertarungan di acara ONE Friday Fight setakat ini.

         

johan ghazali one championship record 99583

         

Ia turut merangkumi kemenangan terbaru menewaskan juara Muay Thai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares, semasa penampilan sulung dalam aksi Primetime US, ONE Championship pada 8 Disember yang lalu.

         

johan ghazali parents 49788

       

Jelasnya, anak muda ini memiliki potensi yang besar untuk mencapai kejayaan yang luar biasa dalam arena sukan tersebut.

Tanpa banyak bicara panjang lagi, kami kongsikan 10 fakta menarik yang mungkin kurang diketahui orang ramai tentang dirinya.

        

10 Fakta Johan Ghazali (Jojo) Yang Ramai Tak Tahu!

johan ghazali ketinggian height 96317

        

1. Johan adalah anggota pasukan Kelab Muay Thai Rentap di Sarawak dan dia mewakili mereka dengan bimbingan jurulatih, Addy Singpayak.

         

johan ghazali age 41987

Bersama jurulatihnya, Addy Singpayak.

         

2. Berdasarkan keterangan di laman web onefc.com, Johan dilaporkan mempunyai darah kacukan Amerika Syarikat yang diwarisi daripada ibunya, Jennana Johnson, sementara sebelah bapanya, Zulfikar Mohd Ghazali adalah campuran Melayu, Indonesia dan Jepun.

       

ayah father mother johan ghazali muay thai 52941

Pemilik nama penuh Johan Ghazali Zulfikar ini adalah anak kedua dalam keluarga yang mempunyai empat orang adik-beradik. Selain daripadanya ialah Elias Ghazali Zulfikar (abang), Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (adik lelaki) dan Emylia (adik perempuan). Dalam gambar dari kiri: Ibunya, adik perempuan dan Johan.

       

johan ghazali wikipedia 41824

Asal usul dan tempat lahir Johan sering menjadi topik perdebatan di kalangan netizen.

      

3. Dengan penampilannya yang sasa, matang dan tinggi, ramai yang terkejut mengetahui bahawa Johan baru sahaja berumur 17 tahun (2023)!

        

johan ghazali 63221

Remaja beragama Islam yang berusia 17 tahun ini adalah salah seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

         

4. Bapanya, Senior Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali, seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia, kini menjalankan tugas sebagai Komandan Pusat Latihan Polis di Kuching.

5. Datuknya, Allahyarham Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat, adalah bekas Panglima Angkatan Tentera dan juga Pengerusi New Straits Times Press.

          

johan jojo ghazali 23714

           

6. Datuknya ialah dari Lenggong, Perak, sementara bapanya membesar di Kuala Lumpur.

7. Johan memiliki kebolehan berkomunikasi dengan lancar dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan juga dialek Sarawak, negeri tempat dia kini menetap.

          

johan ghazali family 41541

        

8. Walaupun usianya masih muda dan menjadi jaguh Muay Thai dalam pembikinan, ada yang sudah membuat perbandingan dirinya dengan Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai, Rodtang Jitmuangnon.

        

9. Rekod kejayaan Johan dalam ONE Championship sehingga kini ialah:

Edgar Tabares (Mexico) - ‘Knockout‘ (KO) - 36 saat - ONE Fight Night 17

Temirlan Bekmurzaev (Russia) - KO - 2 minit 43 saat - ONE Friday Fights 36

Samurai Seeopal (Thailand) - keputusan sebulat suara - 3 minit - ONE Friday Fights 25

Tai Sor Jor Piek Uthai (Thailand) - KO - 1 minit 37 saat - ONE Friday Fights 18

Padetsuk Fairtex (Thailand) - KO - 16 saat - ONE Friday Fights 6

         

siapa johan ghazali zulfikar 62141

      

10. Ramai yang memberikan sokongan dengan menjadi peminat Johan di platform tempat dia berkomunikasi di dunia maya, iaitu akaun media sosial Instagram (IG) @johanghazali_ yang mempunyai 220,000 pengikut, dan TikTok @johanghazali dengan 480,000 pengikut.

        

Untuk biodata penuh Johan, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Johan Ghazali (Jojo), Atlet Muay Thai Malaysia

            

           

Baca: Biodata Nor Iman Aliff Rakib (Aliff Sor Dechapan), Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship, Seangkatan Johan Ghazali (Jojo)

Baca: Biodata Mohammad Rifdean Masdor, Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship - Seangkatan Johan Ghazali (Jojo)

        

Kredit foto: Instagram Johan Ghazali , Facebook Johan Ghazali , Instagram ONE Championship

        

Kredit video: Jojo Sebenarnya Asal Daripada Mana?? | Jojo's First Ever Youtube Video

       

Sumber:

1. Jojo Sebenarnya Asal Daripada Mana?? | Jojo's First Ever Youtube Video

2. ONE Championship

3. Saya anak Malaysia - Jojo

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)