Oleh pada 28 Jul 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Farah Ann

Siapa Farah Ann? Pemilik nama sebenar Farah Ann Abdul Hadi ini merupakan atlet gimnastik negara yang mencipta fenomena dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Beliau antara gimnas terbaik dunia yang telah mewakili negara di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Sering menjadi buah mulut di media sosial, beliau bukan sahaja terkenal kerana kejayaannya, malah juga berikutan rupa paras yang cantik serta fizikal tubuh yang langsing.

Bukan lagi nama asing di kalangan penyokong sukan tanah air, Farah menjadi inspirasi ramai khususnya dalam sukan gimnastik artistik.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama penuhnya, Farah Ann binti Abdul Hadi.

2. Kelahiran Subang Jaya, Selangor pada 3 Mei 1994.

3. Berumur 27 tahun (2021).

4. Berketinggian 1.65 meter (m) dan berat badan 52 kilogram (kg).

5. Berdarah kacukan Melayu dan Kanada.

6. Anak kepada pasangan Abdul Hadi bin Ahmad (bapa) dan Kimberly Ann Gagnon (ibu, berasal dari Kanada).

7. Anak kedua daripada tiga orang adik beradik.

8. Kakaknya, Katrina Ann merupakan bekas atlet negara dalam sukan renang berirama. Adiknya merupakan atlet sekolah.

9. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seafield 3, Subang Jaya, Selangor dan Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

10. Menyambung pengajian di Universiti Monash, Subang Jaya, Selangor dalam jurusan Sains Sosial Dan Seni.

11. Menggunakan akaun Instagram (IG) atas nama @farahann94 yang sehingga kini mengumpul lebih 463,000 pengikut.

     

Biografi

Mula berjinak-jinak dalam sukan gimnastik sejak umur tiga tahun kerana ibu bapanya ingin melihat anak-anak mereka menjadi atlet negara. Kedua orang tuanya itu juga mempunyai latar belakang dalam bidang yang sama.

Sewaktu umur tiga tahun, beliau merupakan seorang kanak-kanak yang hiperaktif, lantas kedua orang tuanya mengambil keputusan menghantar dia dan kakaknya yang berumur lima tahun, ke kelas gimnastik.

Di usia enam tahun, beliau terlibat dalam pertandingan di peringkat negeri Selangor, dan ketika umur tujuh tahun beliau telah mewakili Selangor untuk bertanding di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

Potensi dimiliki membawa kepada tawaran meneruskan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Farah semakin serius sebagai gimnas selepas berlatih enam kali seminggu di sekolah berkenaan.

Fakta Menarik

Beliau gemar menghabiskan waktu lapang dengan membaca dan melakukan aktiviti selam skuba di pantai. Ramai yang tidak tahu, beliau juga mempunyai lesen skuba.

Beliau merupakan peminat masakan ala kampung, antaranya ayam masak merah dan sambal tempoyak, selain 'salmon sushi' dan kek, serta air jus tembikai.

Jika bukan seorang gimnas, Farah membayangkan dirinya sebagai seorang pelakon atau tukang masak meskipun tidak berbakat dalam kedua-dua bidang terbabit.

Di peringkat sekolah, beliau terlibat dalam pementasan teater, selain pernah membintangi iklan ketika zaman kanak-kanak, iaitu iklan kitar semula dan iklan KLCC. Beliau turut menyukai bidang peragaan.

Meskipun sibuk menjalani latihan sebagai seorang atlet, Farah tidak pernah mengabaikan pelajaran dan berjaya mendapat A dalam hampir kesemua peperiksaan di sekolahnya. Farah menganggap pengurusan masa sebagai kunci rahsianya.

Sepanjang karier, beliau pernah mengalami keretakan lutut, tulang belakang dan jari hingga ditempatkan di hospital selama dua minggu. Ligamennya pernah koyak kerana kemalangan ketika berlatih.

Apabila bersara, beliau bercadang mahu menjadi jurulatih dalam sukan gimnastik, selain ingin menyertai bidang penyiaran dan lakonan.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pemalu dan 'clumsy', Farah menjadikan Datuk Nicol Ann David dan Pandelela Rinong sebagai idola dalam bidang sukan.

Menurut laporan BH Online edisi 14 Jun 2015, bapa Farah adalah pengurus kepada pasukan gimnastik negara.

   

Kisah Pencapaian Dan Olimpik 2020

Menanam hasrat bersaing di Sukan Olimpik sejak umur lapan tahun, pemenang tujuh pingat emas di Sukan Sea ini menjadi gimnas artistik wanita pertama Malaysia yang layak ke Olimpik selepas 20 tahun - di OlimĀ­pik Tokyo 2020.

Ia rentetan kegagalan beliau menempatkan diri pada edisi 2016 di Rio de Janerio, Brazil.

Beliau adalah gimnas ketiga negara yang layak ke Olimpik selepas Au Li Yen pada Olimpik Sydney 2000 dan Ng Shu Wai di Olimpik Athens 2004.

Selain Farah, gimnas lelaki negara Jeremiah Loo Phay Xing juga pertama kali beraksi di Olimpik (2020) yang mana beliau menjadi gimnas lelaki kedua negara yang membuat penampilan di temasya itu selepas Ng Shu Wai di Sukan Olimpik Athens, Greece pada 2004.

Antara kejayaan lainnya termasuk di Hong Kong Open, 2015, World Challenger Cup, Doha, 2015, Universiade, Korea, Asian Champianship, Japan, malah beliau pernah bersaing di Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland.

Baca: Biodata Welson Sim, Atlet / Perenang Malaysia

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Izzah Amzan, Ratu Gimnas Negara

   

Gambar

farah ann umur

farah ann hadi

farah ann education

farah ann abdul hadi

farah ann family

katrina ann abdul hadi

farah ann

farah ann instagram 42

farah ann olympics

pencapaian farah ann   

Kredit foto: Instagram Farah Ann

Video

Kredit video: Impian 16 tahun Farah Ann akan tercapai! | MeleTOP | Nabil & Neelofa

Sumber:

1. Profil Farah Ann Abdul Hadi

2. Lahir Dari Perkahwinan Campur, FARAH ANN Warisi Bakat & Gen Cantik Ibu Bapa!

3. Farah Ann `Ratu Terbang'

4. Farah Ann Abdul Hadi Menggalas Tanggungjawab Sebagai Atlet Negara

5. Jurulatih gimnas negara optimis seorang lagi atlet Malaysia layak ke Sukan Olimpik

6. Covid-19: Farah Ann akur keputusan tangguh Sukan Olimpik 2020

7. OLIMPIK: Farah pakai 'leotard' rekaan sendiri

8. Farah tetap syukur walaupun gagal

9. Simbiosis Farah Ann, Barbie




Hakcipta iluminasi.com (2017)