Oleh pada 10 Nov 2018 kategori

Biodata

Nama penuh: Hafizh Syahrin Abdullah

Nama popular: Hafizh Syahrin

Umur: 24 tahun (2018)

Kelahiran: Selangor, Malaysia

Profesion: Pelumba Motosikal

Nombor motosikal: 55

Media sosial: Instagram @hafizh_syahrin

Fakta Menarik

1. Pada 21 Februari 2018, beliau muncul sebagai anak Malaysia pertama berlumba dalam kelas utama MotoGP bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3. Selain itu, beliau juga merupakan pelumba Islam kedua yang berjaya melakukannya selepas Karel Abraham.

2. Digelar ‘Pescao 55’ dan 'King Of Pocket Bikers' kerana kehebatan aksinya di litar.

3. Antara sukan lain yang digemari Hafizh ialah futsal, bola padang, badminton, tenis, golf dan lumba basikal.

4. Sekiranya bukan seorang pelumba motosikal, beliau ingin menjadi pemain bola sepak profesional.

5. Telahpun mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2017, dengan Suzana Manaf yang juga seorang model muslimah.

6. Mengimbau sejarah awal kariernya, Hafizh seawal usia sembilan tahun telah dibawa bapanya, Abdullah Harun untuk menyertai perlumbaan pocketbike di pelbagai negeri di Malaysia.

7. Bapanya yang ketika itu hanya bekerja di bengkel motosikal yang diusahakan, mengakui berhadapan isu kekangan kewangan dalam merealisasikan harapan untuk melihat Hafizh membesar sebagai seorang pelumba bertaraf dunia.

8. Namun usaha itu semakin berbaloi apabila Hafizh menampakkan taringnya sebagai pelumba hebat sejak berusia 10 tahun, malah bergelar juara pocketbike aircol dan watercol.

9. Antara momen yang tidak dapat dilupakan apabila dua beranak ini yang kesempitan wang, terpaksa menjadikan kereta sebagai tempat tidur, ketika bapanya membawa Hafizh 'pusing' satu Malaysia untuk menjayakan beberapa perlumbaan pocketbike.

10. Pada 2009, beliau memenangi perlumbaan kategori Novice (kini dikenali sebagai CP115) Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas. Seterusnya di usia 16 tahun, Hafizh menjadi juara termuda kategori CP130.

Foto

biodata hafizh syahrin pelumba motogp 2

biodata hafizh syahrin pelumba motogp 3

biodata hafizh syahrin pelumba motogp 4

biodata hafizh syahrin pelumba motogp 5

biodata hafizh syahrin pelumba motogp 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Utusan Online

3. Glam Lelaki

4. Instagram Hafiz Syahrin




Hakcipta iluminasi.com (2017)