Oleh pada 10 Jun 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Johan Ghazali , Facebook Muhammad Johan Ghazali

       

Selepas tewas kepada petarung berpengalaman dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, nama jaguh muay thai negara, Johan Ghazali kembali menjadi perhatian di media sosial.

       

johan ghazali 44149

       

Kekalahannya yang pertama di One Championship pada Sabtu lalu telah mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada netizen, yang kebanyakannya tetap berpuas hati dengan prestasinya.

       

johan ghazali vs nguyen 28599

         

Ini kerana, Johan atau Jojo, yang jauh lebih muda dan kurang berpengalaman berbanding Nguyen, dilihat telah berusaha keras dalam pertarungan itu dan ramai yang menganggap ia sebagai kekalahan yang bermaruah.

        

johan jojo ghazali 22148

        

Bagaimanapun, Jojo juga telah berjanji untuk bangkit semula setelah tersungkur dalam perlawanan ONE 167 di Bangkok, Thailand tersebut.

Kita doakan yang terbaik untuk masa depan Jojo.

        

jojo ghazali 35145

        

8 Fakta Johan Ghazali Yang Ramai Tak Tahu

1. Nama penuhnya ialah Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar, yang berumur 18 tahun pada 2024 dan berasal dari Putrajaya (tempat kelahiran).

       

jojo 14111

       

2. Johan fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan dialek Sarawak, serta dalam usaha menguasai bahasa Thai.

         

johan ghazali height 16416

        

3. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyaksikan dia mencapai keputusan 2A, 1B, 4C dan 1E.

        

johan ghazali muay thai 76333

        

4. Dia dahulunya memiliki fizikal yang gemuk sebelum menceburi muay thai, lebih suka bersantai di rumah bermain telefon dan belajar.

Walaupun pernah mencuba bola sepak, badminton dan softball, dia tidak berminat dengan sukan.

       

johan ghazali age 38389

        

5. Pada tahun 2015, Johan, yang tidak pernah berminat dengan aktiviti sukan mula menyukai muay thai selepas keluarganya berpindah ke Sarawak.

        

johan ghazali family parents bangsa negeri berat

Keluarga Johan: Ibu bapa dan adik beradik

         

Mereka ketika itu ternampak pusat SS Fighters Muay Thai Gym di Kuching. Ibunya bertanya jika dia mahu mencuba lantas dia didorong oleh ibu bapanya yang sudah aktif dalam muay thai.

        

johan ghazali wikipedia 14345

        

6. Johan mengenali jurulatihnya, Addy Sipangyak, di SS Fighters Gym. Pada awalnya, dia hanya ingin beriadah dengan sukan ini.

        

johan ghazali one championship 16873

         

Jurulatih kemudian bertanya jika dia ingin bertarung. Walaupun ragu-ragu pada mulanya, ibunya menggalakkannya untuk mencuba.

        

johan ghazali record next match live ranking stats result

         

Selepas pertarungan pertama, Johan mula menyukai muay thai sehingga sekarang.

       

johan ghazali weight 92558

Pemuda yang berdarah kacukan ini beragama Islam dan tingginya 170 sentimeter (cm).

       

7. Pada masa ini, Johan berlatih sebagai atlet di Rentap Muay Thai Gym, di mana ibunya dan jurulatihnya, Addy, menguruskan pusat latihan tersebut.

8. Dengan rekod 5 kemenangan tanpa kalah dan empat daripadanya menerusi knockout (KO) sepanjang musim 2023, Johan diiktiraf sebagai Bintang Baharu Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship.

        

Baca: Biodata Nor Iman Aliff Rakib (Aliff Sor Dechapan), Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship, Seangkatan Johan Ghazali (Jojo)

Baca: Biodata Mohammad Rifdean Masdor, Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship

Baca: Biodata Johan Ghazali (Jojo), Atlet Muay Thai Malaysia

Baca: 10 Fakta Biodata Johan Ghazali (Jojo), Atlet Muay Thai Malaysia

         

         

Kredit foto: Instagram Johan Ghazali , Facebook Muhammad Johan Ghazali

        

Kredit video: ALL-OUT Barnburner, Ghazali VS Nguyen | Muay Thai Highlights

        

Sumber:

1. Jojo unggul sambar gelaran ONE Championship

2. 'Dahulu gemuk, hanya duduk di rumah bermain telefon, belajar'

3. TikTok Astro Malaysia

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)