Oleh pada 08 Sep 2021 kategori
biodata latif romly

Kredit foto: Instagram Abdul Latif Romly

  
Siapa Latif Romly? Pemilik nama sebenar Abdul Latif Romly ini merupakan atlet lompat jauh paralimpik negara (Malaysia) yang baru-baru ini memenangi pingat emas dalam acara lompat jauh T20 di Sukan Paralimpik 2020, Tokyo, Jepun.
  

Biodata

Nama penuh: Abdul Latif bin Romly
Nama popular: Abdul Latif Romly, Latif Romly
Umur: 24 tahun (2021)
Tarikh lahir: 31 Mac 1997
Tempat lahir: Kampung Bukit Keteri, Perlis
Ketinggian: 177 sentimeter (cm)
Berat badan: 69 kilogram (kg)
Ibu bapa: Romly Mat (bapa) dan Salmah Yatim (ibu)
Adik beradik: Anak bongsu daripada tujuh orang adik beradik
Pendidikan: Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tunjong, Beseri dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi, Kangar
Kerjaya: Atlet Paralimpik Kebangsaan
Acara: Lompat jauh
Kelas kecacatan: T20 (masalah pembelajaran / kecacatan intelektual)
Instagram: @latifromly
  

Latar Belakang

Dibesarkan di Kampung Paya Kelubi, Bukit Keteri, Arau, Latif pernah berdepan kesempitan hidup sewaktu keluarganya tinggal di sebuah rumah usang yang hampir roboh akibat dimakan anai-anai.
  
Kerana pendapatan keluarga yang tidak tetap menerusi hasil jualan kerisik, ikan, serai dan barangan kampung, ibunya, Salmah Yatim, hanya mampu menggunakan sebuah motosikal buruk sebagai pengangkutan membawa Latif ke sekolah.
  
Latif yang sempurna secara fizikal, mengalami ketidakmampuan intelektual (learning disability) yang mana juga dihadapi oleh abangnya.
  
Beliau yang lemah dalam pelajaran, adakala sukar mengeja namanya sendiri dan hanya mula membaca serta menulis sejak umur 15 tahun, meskipun tidak selancar rakan seusia.
  
Mula dilatih menjadi atlet sejak umur sembilan tahun, minatnya tertumpah dalam dunia sukan kerana menurut jejak langkah abangnya yang aktif dalam olahraga di sekolah menengah.
  
Asalnya dia terlibat dalam pelbagai jenis acara seperti bola sepak, bola baling dan acara lari, namun seorang guru di sekolahnya, SMK Syed Alwi telah mengesan bakatnya dalam acara lompat jauh.
  
Beliau memulakan kerjaya sebagai atlet Paralimpik kebangsaan selepas merangkul emas dalam lompat jauh di Sukan Malaysia (SUKMA) 2014 yang telah menarik minat Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia.
  
Hanya selepas menempa kejayaan dalam sukan, kehidupan keluarganya mula berubah dan bertambah baik dengan bantuan pendapatan yang diterima Latif sebagai seorang atlet.
  

Fakta Menarik

1. Anggota keluarga memanggil Latif dengan gelaran ‘pak cik’.
2. Kediaman ibunya terletak di Taman Emas, Beseri, Perlis.
3. Dibimbing oleh jurulatih, Mohd Syahrul Amri Suhaimi.
4. Mengidolakan atlet lompat jauh Russia, Aleksandr Menkov.
5. Bakal memperisterikan kekasihnya dalam perkahwinan yang dirancang berlangsung pada tahun 2025.
6. Teman wanitanya merupakan kenalan lama ketika mereka sama-sama menuntut di SMK Syed Alwi.
7. Tidak gemar makan nasi dan perlukan perhatian khusus sekiranya mengalami sakit demam.
8. Penyokongnya menggunakan tanda pagar #terbanglatifterbang sebagai peniup semangat di media sosial.
9. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes menghadiahkannya dengan penerbangan percuma seumur hidup selepas kejayaan merangkul emas di Sukan Paralimpik Rio, 2016.
  

Pencapaian

- Pingat emas di Sukan Para Asia Incheon, 2014.
- Pingat emas di Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia Doha, 2015.
- Pingat emas di Sukan Para ASEAN Singapura, 2015.
- Pingat emas di Sukan Paralimpik Rio, 2016.
- Pingat emas di Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia London, 2017.
- Pingat emas di Sukan Para Asia Jakarta, 2018.
- Pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo, 2020.
  

Gambar

latif romly oku
abdul latif romly oku
latif romly oku apa
biodata abdul latif romly
abdul latif
latif romly paralimpik
abdul latif romly instagram
abdul latif romly
latif romly
latif romly biodata

Kredit foto: Instagram Abdul Latif Romly

  

Video

Kredit video: Ini kisah wira kita, Abdul Latif Romly, keluarga dan gurunya

  
Sumber:
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)