Oleh pada 15 Aug 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Johan Ghazali , Facebook Johan Ghazali

        

Biodata

Nama penuh: Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar

Nama komersial: Johan Ghazali, Jojo

Umur: 17 tahun (2023)

Tarikh lahir: 14 November 2006

Tempat lahir: Kuala Lumpur

Agama: Islam

Keluarga: Anak kedua daripada empat orang adik beradik

Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ST Thomas, Kuching

Pekerjaan: Atlet Tinju Muay Thai

Instagram (IG): @johanghazali_

        

Latar Belakang

1. Johan merupakan anak kepada pasangan Zulfikar Mohd Ghazali (bapa), 47 tahun, dan Jennana Johnson (ibu), 45.

2. Beliau memiliki darah campuran Malaysia melalui ayahnya, dan Amerika Syarikat (AS) melalui ibunya.

3. Dengan bermula sejak usia 10 tahun, beliau terjebak dalam dunia sukan Muay Thai kerana ingin mengikuti jejak langkah orang tuanya, yang pada hakikatnya, semua anggota keluarganya juga turut terlibat dalam bidang yang sama. Adik-beradiknya yang lain termasuklah Elias Ghazali Zulfikar (abang), Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (adik lelaki) dan Emylia (adik perempuan).

4. Pada tahun 2022, Johan diangkat dengan gelaran juara dalam Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 selepas mengalahkan peserta lawan dari Rusia, Rustam Yunusob. Beliau memenangi kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram) dengan kiraan mata 20-18 dalam acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

5. Pada 24 Februari 2023, beliau telah membuat penampilan sulungnya dalam kejohanan ONE Championship di Bangkok, dan mengagumkan para penonton dengan hanya memerlukan masa 16 saat untuk mengalahkan Padetsuk Fairtex, 18, dari Thailand, melalui pukulan 'knockout' (KO) dalam pertarungan Flyweight Muay Thai di Stadium Tinju Lumpinee. Kejayaan ini membawanya meraih ganjaran wang tunai berjumlah AS$10,000 (RM45,000).

6. Pada 26 Mei 2023, beliau mencatatkan kemenangan kedua juga menerusi 'knockout' apabila menjatuhkan lawannya, Tai Sor Jor Piek Uthai, yang berusia 24 tahun dan memiliki dua kali gelaran juara dunia muay Thai.

7. Kemenangan ketiga beliau dalam gelanggang ONE Championship di Thailand berlaku pada 14 Julai 2023, di mana beliau berjaya menewaskan jaguh Thailand, Samurai Seeopal, yang berusia 18 tahun.

8. Antara pencapaian lainnya termasuklah Pingat Emas dalam Asian Games di Abu Dhabi pada tahun 2019, Pingat Perak dalam World Muaythai Championship di Turki dan dua Pingat Perak di Bangkok, Thailand.

        

Fakta Menarik

1. Ketinggian tubuhnya ialah 170 sentimeter (cm).

2. Asalnya di Kajang, Selangor sebelum berpindah ke negeri Sarawak pada 2015.

3. Merupakan wakil daripada Kelab Muay Thai Rentap.

       

Baca: Biodata Nor Iman Aliff Rakib (Aliff Sor Dechapan), Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship, Seangkatan Johan Ghazali (Jojo)

Baca: Biodata Mohammad Rifdean Masdor, Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship - Seangkatan Johan Ghazali (Jojo)

Baca: 10 Fakta Atlet Muay Thai, Johan Ghazali (Jojo) Yang Ramai Tak Tahu!

         

Foto

keluarga johan ghazali

Ibu bapa Johan (atas) dan Johan (bawah)

johan ghazali instagram

siapa johan ghazali

johan ghazali record

johan ghazali muay thai

Bersama ibunya

muhammad johan ghazali zulfikar

johan ghazali family

Bersama ibu bapa

johan ghazali birthday

jojo ghazali

johan ghazali age

Adik-beradik Johan

johan ghazali father

johan ghazali parents

Ibu bapa Johan

jojo

umur johan ghazali

johan ghazali wikipedia

johan ghazali

Kredit foto: Instagram Johan Ghazali , Facebook Johan Ghazali

        

Video

Kredit video: Lifelong Learning | Episode 10 | Muaythai Membentuk Disiplin Diri

         

Sumber:

1. Jojo impi raih kontrak RM460,000, tali pinggang ONE Championship

2. Lifelong Learning | Episode 10 | Muaythai Membentuk Disiplin Diri

3. One Championship

4. Awas, si comel garang di gelanggang! Fighter Muay Thai raih hadiah lumayan di Thailand, lawan rebah dalam 16 saat

5. Facebook Johan Ghazali

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)