Oleh pada 26 Mar 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Rifdean Masdor , TikTok Rifdean Masdor , Facebook Mohd Rifdean

        

Mohammad Rifdean Masdor, wira muda Muay Thai yang terkenal di Malaysia, telah mencipta sensasi dalam penampilan sulungnya di ONE Championship.

         

rifdean masdor age

       

Atlet Muay Thai negara ini memukau apabila berjaya menumpaskan wakil Thailand, Pichai Lookbanmai dengan pukulan Technical Knockout (TKO) dalam pertarungan ONE Friday Fights 56 di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok pada 22 Mac lalu.

Dalam pertembungan itu, Rifdean hanya memerlukan 78 saat untuk memenangi pertarungan dan mendapat bonus besar sebanyak 350,000 baht (RM45,700) atas kemenangannya.

        

Biodata

Nama penuh: Mohammad Rifdean bin Masdor

Nama komersial: Rifdean Masdor

Umur: 22 tahun (2024)

Tarikh lahir: 4 November 2022

Tempat lahir / Asal: Kuching, Sarawak

Keluarga: Masdor Manan (Bapa)

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Pekerjaan: Atlet Tinju Muay Thai

Instagram (IG): @mohdrifdean_masdor

Tiktok: @mohdrifdean

       

Latar Belakang

        

Prestasi

1. Juara dunia bawah 23 tahun sebanyak tiga kali berturut-turut (hatrik): 2021 (Thailand), 2022 (Emiriah Arab Bersatu) dan 2023 (Thailand).

2. Merangkul gelaran remaja dunia pada 2019 di Turkiye.

3. Memenangi pingat emas Sukan SEA Filipina 2019.

4. Juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 dan 2022.

        

Fakta Menarik

1. Dikenali dengan gelaran 'Magic Boy'.

2. Panggilan akrabnya adalah Dean atau Masidor dalam kalangan peninju Muay Thai.

3. Ketinggiannya adalah 162 sentimeter (cm).

4. Merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek.

5. Merantau ke Perak dari negeri Sarawak sejak usia 16 tahun untuk memperdalam pengetahuan dalam Muay Thai.

6. Bakatnya dalam Muay Thai diasah oleh ketua jurulatih Muay Thai Perak yang juga bekas jurulatih kebangsaan, Bernard Radin.

7. Kini mewakili negeri Perak dan kelab Sor Sommai/Headhunter Academy Ipoh.

8. Dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke-67.

9. Dinobatkan sebagai Olahragawan negeri Perak bagi tahun 2021-2022.

10. Hobi membela ayam menjadi sebahagian daripada rutin waktu lapangnya.

         

Pencapaian

IFMA Juara Muaythai Dunia Senior U23 2023 Thailand -51kg

FMA Juara Muaythai Dunia Senior U23 2022 Abu Dhabi -48kg

IFMA Juara Muaythai Dunia Senior U23 2021 Thailand -48kg

IFMA Juara Muaythai Remaja Dunia 2019 Turki -45kg

Pingat Emas Sukan SEA Filipina 2019 -45kg

Sukma 2022 Muaythai - Emas

Sukma 2018 Muaythai - Emas

Rekod ONE Championship: 1-0

Pichai Lookbanmai (Thailand) - TKO - 78 saat - ONE Friday Fights 56

        

Baca: Biodata Nor Iman Aliff Rakib (Aliff Sor Dechapan), Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship, Seangkatan Johan Ghazali (Jojo)

Baca: Biodata Johan Ghazali (Jojo), Atlet Muay Thai Malaysia

Baca: 10 Fakta Johan Ghazali (Jojo), Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship

        

Foto

siapa rifdean masdor

ketinggian rifdean masdor

mohd rifdean masdor

rifdean masdor instagram

rifdean masdor asal mana

rifdean

rifdean masdor umur

mohammad rifdean masdor

rifdean masdor tinggi

rifdean masdor wikipedia

rifdean masdor one championship

rifdean masdor muay thai

rifdean masdor

rifdean masdor profile

Kredit foto: Instagram Rifdean Masdor , TikTok Rifdean Masdor , Facebook Mohd Rifdean

         

Kredit video: Sembang Sukan Siri 22 bersama Mohd Rifdean Masdor (Atlet Muaythai)

       

Sumber:

1. Kurniaan Sultan Perak beri semangat buru tiket Olimpik

2. Atlet muay thai, Rifdean dinobat Olahragawan Perak

3. Minat bela ayam [METROTV]

4. Siapa sebenarnya Rifdean?

5. ONE Championship

6. Facebook Mohd Rifdean

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)