Oleh pada 05 Apr 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Iman Aliff Rakib , Facebook Iman Aliff

        

Iman Aliff Rakib adalah seorang atlet Muay Thai Malaysia yang telah mencapai kejayaan dalam arena sukan tempur. Prestasi terbarunya yang mengagumkan adalah ketika dia berjaya menewaskan pesaing dari Iran, Peyman Zolfaghari secara knock-out (KO) di Stadium Tinju Lumpinee di Bangkok, Thailand pada 10 November 2023.

Dengan pencapaian dalam pertarungan 120-pound catchweight ONE Friday Fights itu, Aliff memegang rekod tanpa kalah sebanyak 4-0. Dia telah diberikan kontrak bernilai AS$100,000 (RM469,000) dengan One Championship, yang melambangkan prestasi gemilangnya dalam gelanggang Muay Thai.

Tambahan kepada kontrak yang bernilai hampir setengah juta, dia turut menerima bonus sebanyak RM46,900.

Kejayaan itu bukan sahaja terletak pada nilai kontrak yang lumayan, namun juga meliputi kejayaan dalam gelanggang, dengan kemenangan keempatnya dan KO ketiga dalam pertandingan One Championship.

        

Biodata

Nama penuh: Ahmad Nor Iman Aliff bin Rakib

Nama komersial: Aliff Rakib, Iman Aliff, Aliff Sor Dechapan

Umur: 20 tahun (2024)

Tarikh lahir: 4 Februari 2004

Tempat lahir / Asal: Rantau Panjang, Kelantan

Agama: Islam

Keluarga: Anak kedua daripada empat orang adik beradik

Pekerjaan: Atlet Tinju Muay Thai

Instagram (IG): @aliff_rakib

Tiktok: @iman.aliff

        

Latar Belakang

Iman Aliff Rakib, atau lebih dikenali sebagai Aliff Sor Dechapan dalam arena Muay Thai, merupakan seorang pejuang yang mengagumkan dari Malaysia. Bermula pada usia yang sungguh muda, tepatnya pada usia 5 tahun, Aliff mula memperjuangkan bakatnya dalam arena yang penuh tentangan ini.

Pertarungan pertamanya berlangsung di Kuala Lumpur. Ketika itu, dia hanya seorang penonton yang bersemangat ketika menyaksikan abangnya, Ahmad Nor Iman Hakim Rakib, bertarung. Namun, semangatnya begitu membara hingga dia turut mahu bertanding. Dengan tekad yang kuat, Aliff akhirnya diberi peluang untuk turut serta dalam pertarungan itu.

Sebelumnya, Aliff tidak pernah menjalani latihan khusus. Hanya dengan menyaksikan orang lain berlatih di depan rumahnya, yang mana ayahnya memiliki sebuah gim, Aliff sudah berasa yakin untuk berjuang. Pertarungan pertamanya berakhir dengan seri, namun dari situlah dia mula serius untuk melatih dirinya.

Latihan dilakukan bersama ayahnya sendiri, Rakib Ahmad, yang juga menjadi pelatihnya. Ayahnya sangat mendorong Aliff, bahkan membawanya ke Thailand untuk bertarung. Selama di sana, Aliff telah melakukan pertarungan sebanyak dua hingga tiga kali sebulan, dengan semua biaya ditanggung oleh ayahnya. Pada usia 14 tahun, Aliff bahkan dihantar untuk tinggal di Bangkok bagi menjalani latihan yang lebih intensif.

Awalnya, Aliff mengalami kesukaran berkomunikasi kerana tidak menguasai bahasa Thailand. Namun, dia belajar secara perlahan-lahan daripada teman-temannya. Setelah tiga tahun tinggal di sana, dia akhirnya mampu berbicara bahasa Thailand dengan lancar.

Pada 5 Julai 2023, Aliff telah mengikuti lebih daripada 120 pertarungan, di mana dia memenangi sebanyak 105 pertarungan, seri dalam 5 pertarungan dan mengalami kekalahan poin hanya dalam 10 pertarungan. Kini, Aliff telah menjadi atlet One Championship, dengan kemenangan pertamanya dalam kejuaraan itu memberikannya bonus sebanyak RM45,000.

Prestasi Aliff tidak hanya terhenti di Malaysia, dia juga telah mengharumkan nama negara dalam kejuaraan antarabangsa. Antara pencapaiannya adalah memperoleh emas dalam IFMA World Championship Bangkok 2021, SEA Games Vietnam 2022 dan IFMA World Championship Dubai 2022. Tidak hairan jika Aliff diangkat sebagai Atlet Olahragawan Harapan Terengganu pada 2023.

       

Fakta Menarik

1. Merupakan atlet Muay Thai kedua dari Malaysia yang mengikat kontrak dengan One Championship, mengikut jejak langkah Muhammad Johan Ghazali Zulfikar (Jojo).

2. Meraih gelaran juara pada Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA dua tahun berturut-turut pada 2021 dan 2022.

3. Abangnya, Ahmad Nor Iman Hakim Rakib, adalah seorang atlet taekwondo dan kick boxing negara.

4. Bapanya, Rakib Ahmad, adalah seorang peninju legenda negara era-90 an, yang memenangi pingat gangsa Sukan Komanwel 1998 dan pingat perak Sukan Sea 2001.

5. Bapanya kemudian bersara daripada arena sukan untuk fokus terhadap perniagaan menjual peralatan sukan seni mempertahankan diri di Rantau Panjang, Kelantan.

6. Aliff memiliki ketinggian 177 sentimeter (cm).

7. Dia mewakili kelab Sor Dechapan dan merupakan atlet Muay Thai Terengganu.

8. Bapanya berasal dari Narathiwat, Thailand, manakala ibunya, Che Sue, berasal dari Rantau Panjang, Kelantan.

9. Aliff berdarah kacukan Thailand dan Melayu.

10. Dia berlatih dan berguru di Bangkok, Thailand.

          

Pencapaian Lalu

1. Pingat Emas acara elit bawah 54 kilogram (kg) pada Sukan SEA ke-31, Hanoi, Vietnam.

2. Juara Dunia Bawah 23 tahun dalam kategori 54kg di Abu Dhabi 2022.

3. Pingat Emas Bawah 17 tahun kategori 51kg dalam Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia di Bangkok, Thailand pada Disember 2021.

4. Anugerah Olahragawan Harapan 2021/2022 di Majlis Anugerah Sukan Terengganu (AST).

       

Baca: Biodata Mohammad Rifdean Masdor, Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship, Seangkatan Johan Ghazali (Jojo)

Baca: Biodata Johan Ghazali (Jojo), Atlet Muay Thai Malaysia

Baca: 10 Fakta Biodata Johan Ghazali (Jojo), Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship

       

Foto

iman aliff one championship

rakib ahmad tinju

aliff rakib age

aliff rakib biodata

aliff sor dechapan wikipedia

aliff rakib height

aliff sor dechapan

iman aliff

ahmad nor iman aliff rakib asal mana

nor iman aliff rakib

iman aliff rakib

iman aliff biodata

aliff rakib wikipedia

aliff rakib

aliff rakib record

Kredit foto: Instagram Iman Aliff Rakib , Facebook Iman Aliff

       

Kredit video: "Bidang ini memang susah, latihan penat, fight pun sakit! Harap kerajaan dapat bantu atlet negara!"

       

Sumber:

1. Giliran Nor Iman Aliff raih kontrak RM469,000

2. Sukan SEA Hanoi: Pesanan bapa jadi azimat Ahmad Nor Iman Aliff

3. Aliff kecewa Muay Thai tidak dipertandingkan

4. One Championship Aliff Sor Dechapan

5. Lawan mula 'goyah' dengar nama Malaysia

6. Dorongan bapa pemangkin kecemerlangan Aliff [METROTV]

7. Facebook El Hafizloy

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)