Kredit foto: Instagram Siti Khadijah Halim , Facebook Siti Khadijah Halim

        

Ketahui lebih lanjut tentang selebriti terkenal, Siti Khadijah Halim, yang memeran watak penting dalam siri drama "Wanita Syurga" memulakan tayangan pada 15 Mac 2024 di slot Akasia saluran TV3.

        

siti khadijah 99272

        

1. Nama sebenarnya, Siti Khadijah binti Abdul Halim, yang kini berumur 27 tahun (pada tahun 2024), dilahirkan di Kuala Lumpur pada 27 Mac 1997.

        

siti khadijah halim umur 91923

        

Dia juga dibesarkan di ibu kota tersebut.

         

siti khadijah halim drama 89795

        

2. 'Siti Khadijah' merupakan namanya yang mesra disapa oleh orang ramai. Dia membahasakan dirinya sebagai 'adik' terutama apabila bersama ahli keluarganya, sebagai anak bongsu daripada empat orang adik beradik yang mempunyai dua orang abang dan satu kakak.

       

siti khadijah halim suami sekolah menengah

Siti Khadijah berasal dari Kuala Lumpur

       

3. Ketinggiannya mencapai 165 sentimeter (cm).

        

siti hariesa dan siti khadijah 81927

       

4. Dia mempunyai kelulusan pendidikan dalam jurusan Diploma Komunikasi Media Baharu dan Keusahawanan Kandungan.

       

siti khadijah pelakon 35161

       

5. Pada usia 20 tahun, dia mula memasuki dunia lakonan, mulanya hanya sebagai hobi namun kemudian bertukar minat yang mendalam. Bermula dari bawah sebagai pelakon tambahan, sebelum kemunculan menerusi peranan utama. Sebelum itu, dia dikenali sebagai seorang pempengaruh.

       

wanita syurga drama 19289

Siti Khadijah sering dibandingkan dengan aktres seangkatan, Siti Hariesa kerana keserupaan wajah mereka yang dikatakan bak 'kembar'.

         

6. Semasa di sekolah, dia aktif dalam pertandingan seperti berpidato dan bercerita.

        

siti khadijah siti hariesa 89212

       

Dia dididik oleh ibunya untuk memupuk keyakinan diri dan menghilangkan rasa malu sejak kecil.

       

pelakon wanita syurga 73337

Pernah menjadi tajuk gosip bersama pelakon Aniq Suhair selepas penonton meminati hubungan mereka dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

        

7. Berkulit sawo matang, dia menggambarkan dirinya bukanlah sebagai individu yang lemah lembut atau feminin.

        

siti khadijah halim wikipedia 56866

siti khadijah halim kahwin 28627

Siti Khadijah di samping ibu bapa tersayang

       

8. Dia gemar meluangkan waktu dengan memasak dan menunggang kuda apabila berkelapangan.

       

wanita syurga 71817

        

9. Memimpikan untuk menduduki kerusi pengarah suatu hari nanti dan memiliki syarikat produksinya sendiri.

        

siti khadijah halim 44151

        

10. Sehingga kini, dia telah menjadi watak dalam pelbagai drama termasuk Dia Menantu Rahsia, Rumah Siti Khadijah, Dia Yang Ku Cinta, Bidadari Salju, The Maid, Marry Me Senorita dan Isolasi. Juga siri Dukun Diva, Ash & Aish, Sekali Lagi Cinta Kembali, Garnier: Menawan Impian, Segenap Takdir dan Wanita Syurga.

       

wanita syurga novel 11843

Dalam drama Wanita Syurga yang tidak diadaptasi daripada novel itu, Redza Rosli, Riena Diana, Nazim Othman, Syazuwan Hassan, Marissa Yasmin dan Puteri Khareeza turut beraksi. Kredit foto: Instagram Siti Khadijah Halim , Facebook Siti Khadijah Halim

        

Selain itu, telefilem Pengantin 3 Hari, Cerai, Bisikan Ilahi, Kami TV dan Biar Biasa Biasa, serta filem Rompak, Hantu Tenggek, Syaitan Munafik dan Munajat Kekasih.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Syurga (Slot Akasia TV3)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

              

Kredit video: Cantik, manis! | Wanita Syurga Episod 1 - 2 | iQIYI Malaysia

       

Sumber:

1. Keluarga sistem sokongan kuat bantu Siti Khadijah ukir nama dalam industri. ‘Ibu didik, bina keyakinan sejak kecil…’

2. Biodata Selebriti Siti Khadijah | A.Aida Production

3. Instagram (IG) Siti Khadijah Halim

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)