biodata saidah syahirah

Kredit foto: Instagram Saidah Syahirah

   

Saidah Syahirah merupakan antara peserta atau finalis Top 12 Dewi Remaja untuk edisi 2019.

Beliau terpilih daripada senarai Top 20, sekaligus melayakkannya berentap dengan peserta Top 12 yang lain bagi merebut takhta juara program yang mengetengahkan personaliti remaja contoh ini.

Nantikan Dewi Remaja 2019 yang bakal ke udara di saluran Astro Ria mulai 26 Oktober ini, setiap Sabtu, jam 9 malam.

Diacarakan oleh Amelia Henderson, manakala proses penilaian bakal dihakimi oleh juri tetap, pelakon Scha Alyahya dan Yusry Abdul Halim.  

Imbas kembali, nama-nama popular yang dilahirkan daripada pertandingan anjuran majalah Remaja ini termasuk pelakon Neelofa, Izara Aishah, Anzalna Nasir, Haneesya Hanee, Rita Rudaini, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nur Saidah Syahirah binti Kamarudin.

2. Selesa disapa dengan nama komersialnya, Saidah Syahirah atau Saidah.

3. Berusia 23 tahun (2019).

4. Berasal dari Selangor.

5. Berkhidmat sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan komersial tempatan.

6. Bercita-cita ingin menjadi pelakon dan pengacara sekaligus mencipta nama dalam dunia hiburan.

   

Fakta Menarik

  • Mempunyai fizikal tubuh kecil molek.
  • Pernah menuntut di peringkat asasi sains di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
  • Menggunakan laman sosial Instagram atas nama @saidahkamarudin yang sehingga kini sudah mengumpul lebih 10,000 pengikut.

   

Foto

dewi remaja 2019 375

saidah syahirah

saidah dewi remaja

peserta dewi remaja 2019 175

finalis dewi remaja 2019 654

top 12 dewi remaja 2019 720

Kredit foto: Instagram Saidah Syahirah

   

Video

Kredit video: Top 12 Dewi Remaja 2019: Saidah & Ash

   

Sumber:

1. Profil Saidah Kamarudin

2. Kategori Pengetahuan Am Suntik Pembaharuan, Ini 12 Finalis Dewi Remaja 2019!

3. Wikipedia Dewi Remaja

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)