Kredit foto: Instagram Adriana Ghafar

   

Adriana Ghafar atau lebih mesra disapa Adriana merupakan antara peserta atau finalis Top 12 Dewi Remaja edisi 2019.

Rentetan kejayaannya merentasi peringkat saringan Top 20, beliau meraih peluang merebut takhta juara program yang mengetengahkan personaliti remaja contoh ini.

Diari kehidupan dan persaingan para dewi bakal bermula pada 26 Oktober 2019, setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nur Nafissa Adriana binti Abdul Ghafar.

2. Ingin dikenali umum sebagai Adriana Ghafar atau Adriana.

3. Berusia 21 tahun

4. Berasal dari Johor.

5. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik.

6. Merupakan pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaysia.

7. Laman sosial Instagramnya, @drianaghfr sehingga kini sudah mengumpul lebih 1,600 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Aktif melakukan kerja-kerja amal dengan pegangan pendirian - ‘To Give Back To Society’.
  • Bakal menceburi karier sebagai seorang peguam.
  • Menanam impian untuk bergelar pakar motivasi bagi memberi kesedaran kepada umum tentang hak dan kepentingan kaum wanita.

   

Foto

adriana ghafar 459

dewi remaja 2019 275

adriana ghafar dewi remaja 2019 477

peserta dewi remaja 2019 106

finalis dewi remaja 2019 326

Kredit foto: Instagram Adriana Ghafar

   

Video

Kredit video: Top 12 Dewi Remaja 2019: Shaza Bae & Adriana Ghafar

   

Sumber:

1. Profil Adriana Ghafar

2. Peserta Underdog VS Peserta Popular, Adakah Mempengaruhi Pemilihan Top 12?

3. Kategori Pengetahuan Am Suntik Pembaharuan, Ini 12 Finalis Dewi Remaja 2019!

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)