Kredit foto: Instagram Sharlina Gilbert

   

Sharlina Gilbert atau nama panggilannya, Shalin antara yang bakal menyertai barisan Top 12 Pencarian Dewi Remaja edisi 2019.

Kejayaan melepasi saringan Top 20 membawa kepada peluang beliau menyandang gelaran juara program yang mengetengahkan personaliti remaja contoh ini.

Rancangan Dewi Remaja 2019 yang mengetengahkan persaingan 12 finalis bakal membuka tirainya pada 26 Oktober ini di saluran Astro Ria, setiap Sabtu, jam 9 malam.

   

Biodata

1. Pemilik nama sebenar Sharlina Gilbert Mojinun. Mahu dikenali umum sebagai Sharlina Gilbert, Sharlina Mojinun atau Shalin.

2. Berumur 23 tahun (2019).

3. Berasal dari Sabah.

4. Memegang jawatan sebagai Setiausaha Produksi di Koperasi Amanah Pelaburan Berhad.

5. Mencatatkan lebih 7,500 pengikut di laman sosial Instagramnya atas nama @sharlinagilbertmojinun.

    

Fakta Menarik

  • Peserta tunggal dari negeri di bawah bayu, Sabah.
  • Mempunyai sifat pemalu dan cukup lemah lembut ketika menuturkan kata.
  • Tidak hanya mempertaruhkan paras rupa, sebaliknya menyimpan bakat terpendam.
  • Pernah bertugas di awan biru sebagai pramugari di syarikat penerbangan, sebelum beralih haluan untuk menimba pengalaman lain.
  • Sering melibatkan diri dalam pertandingan ratu cantik di Sabah untuk meraih lebih banyak pengalaman yang bakal digunakannya dalam menghadapi persaingan di Dewi Remaja.

   

Foto

dewi remaja 2019 509

sharlina gilbert

peserta dewi remaja 2019 330

sharlina mojinun

Kredit foto: Instagram Sharlina Gilbert

   

Video

Kredit video: Top 12 Dewi Remaja 2019: Dian Fernandez & Sharlina Gilbert

   

Sumber:

1. Profil Shalin

2. Kategori Pengetahuan Am Suntik Pembaharuan, Ini 12 Finalis Dewi Remaja 2019!

3. Dewi Remaja 2019 Pentingkan Pengetahuan Peserta, Adakah 4 Peserta Ini Bijak?

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)