biodata myra natasha

Kredit foto: Instagram Myra Natasha

   

Myra Natasha atau Myra berjaya menempatkan diri dalam senarai peserta atau finalis Dewi Remaja untuk edisi 2019.

Daripada Top 20, tuah menyebelahinya untuk berentap sebagai peserta Top 12 dalam merebut takhta juara program yang mengetengahkan personaliti remaja contoh ini.

Dewi Remaja 2019 bakal menemui penonton di saluran Astro Ria mulai 26 Oktober 2019, setiap Sabtu, jam 9 malam.

   

Biodata

1. Nama lahirnya, Yusmyra Natasha binti Abdullah.

2. Ingin dikenali sebagai Myra Natasha atau Myra yang juga merupakan nama komersialnya.

3. Berusia 24 tahun (2019).

4. Berasal dari Kuala Lumpur.

5. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @nananattasya sehingga kini sudah mengumpul lebih 4,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih.
  • Pernah mencuba nasib dalam ujibakat Dewi Remaja tahun lalu, namun gagal berada dalam kalangan Top 20. Tahun ini rezeki berpihak kepadanya apabila terus mara sebagai peserta Top 12.
  • Bekas atlet cheerleading kebangsaan.
  • Masih menceburi secara aktif dalam bidang ‘cheerleading’ yang mana beliau turut mempunyai akademi cheerleading sendiri bernama Elite Cheer Academy.
  • Bertugas sebagai jurulatih cheer di beberapa buah sekolah di dalam negara.

     

Foto

dewi remaja 2019 411

myra natasha

myra natasha dewi remaja

peserta dewi remaja 2019 321

finalis dewi remaja 2019 477

Kredit foto: Instagram Myra Natasha

   

Video

Kredit video: Top 12 Dewi Remaja 2019: Nina Amin & Myra Natasha

   

Sumber:

1. Profil Myra Natasha

2. Kategori Pengetahuan Am Suntik Pembaharuan, Ini 12 Finalis Dewi Remaja 2019!

3. Gadis Berdarah Kacukan Dominasi Top 12 Dewi Remaja 2019?

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)