Kredit foto: Instagram Syaza Azra

    

Syaza Azra antara nama yang melengkapi senarai Top 12 Pencarian Dewi Remaja edisi 2019.

Beliau berjaya melepasi senarai Top 20, sekaligus meraih peluang memenangi takhta juara program yang mengetengahkan personaliti remaja contoh ini.

Rancangan Dewi Remaja 2019 bakal bersiaran mulai 26 Oktober, setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh Nursyaza Azra yang selesa disapa dengan nama komersialnya, Syaza Azra atau Azra.

2. Berusia 19 tahun (2019).

3. Berasal dari Negeri Sembilan.

4. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik.

5. Penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seremban dalam jurusan Pengajian Polisi.

6. Mencatatkan lebih 2,500 pengikut di laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @staphshut.

   

Fakta Menarik

  • Mempunyai fizikal tinggi lampai.
  • Mengagumi Ketua Hakim Wanita pertama negara, Datuk Tengku Maimun binti Tuan Mat kerana ketokohannya yang meletakkan taraf wanita di kelas tersendiri dalam bidang perundangan.
  • Cukup meminati dunia pengacaraan dan gemar melihat telatah pasangan Johan dan Zizan digandingkan sebagai hos. Menjadikan dua pelawak serba boleh itu sebagai inspirasi.

   

Foto

dewi remaja 2019 607

syaza azra

azra dewi remaja 2019 924

peserta dewi remaja 2019 474

finalis dewi remaja 2019 603

syaza azra dewi remaja 2019

top 12 dewi remaja 2019 17

Kredit foto: Instagram Syaza Azra

   

Video

Kredit video: Top 12 Dewi Remaja 2019: Shatirah Amanda & Syaza Azra

   

Sumber:

1. Profil Azra

2. Kategori Pengetahuan Am Suntik Pembaharuan, Ini 12 Finalis Dewi Remaja 2019!

3. Dewi Remaja 2019 Pentingkan Pengetahuan Peserta, Adakah 4 Peserta Ini Bijak?

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)