Kredit foto: Instagram Syamira Izzati

   

Syamira Izzati merupakan antara peserta atau finalis Dewi Remaja edisi 2019 yang bakal memberikan saingan kepada senarai Top 12 yang lain.

Selepas melepasi saringan peringkat Top 20, beliau menjadi antara pesaing yang akan membuktikan kemampuan sebagai calon juara program yang mengetengahkan personaliti remaja contoh ini.

Persaingan para dewi Top 12 dapat disaksikan menerusi siarannya yang bakal bermula pada 26 Oktober ini, setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

   

Biodata

1. Nama lahirnya, Norsyamira Izzati Mohd Nazir.

2. Menggunakan nama komersial, Syamira Izzati, Syamira atau Mira Nazir.

3. Berusia 22 tahun.

4. Berasal dari Selangor.

5. Anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.

6. Kini sedang menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan.

7. Akaun Instagramnya atas nama @miranzr setakat ini sudah mencatatkan lebih 2,800 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Nama manjanya, Embun yang sememangnya kedengaran klasik, namun itulah panggilan ahli keluarga terhadapnya.
  • Ketika bersuara, butiran katanya cukup tersusun.
  • Ingin menggunakan Dewi Remaja sebagai medium untuk mengetengahkan bakat sebagai seorang pengacara.

   

Foto

syamira izzati

dewi remaja 2019 130

syamira izzati dewi remaja 2019

peserta dewi remaja 2019 610

mira nazir

finalis dewi remaja 2019 646

Kredit foto: Instagram Syamira Izzati

   

Video

Kredit video: Top 12 Dewi Remaja 2019: Nynaa Harizal & Syamira Izzati

   

Sumber:

1. Profil Syamira Izzati

2. Peserta Underdog VS Peserta Popular, Adakah Mempengaruhi Pemilihan Top 12?

3. Kategori Pengetahuan Am Suntik Pembaharuan, Ini 12 Finalis Dewi Remaja 2019!

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)