Kredit foto: Instagram Nina Amin

   

Nina Amin merupakan salah seorang daripada 12 peserta atau finalis Dewi Remaja yang terpilih untuk edisi 2019.

Beliau berjaya melepasi senarai Top 20 sekaligus meraih peluang untuk bertanding dalam musim terbaharu program yang mengetengahkan personaliti remaja contoh ini.

Saksikan Dewi Remaja 2019 yang mula ke udara 26 Oktober ini, setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

   

Biodata

1. Nama asalnya, Nik Nurul Amanina binti Nik Mohd Amin. Menggunakan 'Nina Amin' sebagai nama komersial.

2. Berumur 23 tahun (2019).

3. Berasal dari Selangor.

4. Berdarah campuran Cina dan Melayu. Keturunan Cina daripada sebelah ibunya.

5. Pemegang ijazah sarjana muda dalam jurusan Psikologi.

6. Merupakan seorang peragawati sambilan.

7. Menggunakan laman sosial Instagram dengan nama @ninaamin yang sehingga kini sudah mengumpul lebih 11,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Awalnya gagal sewaktu menghadiri hari pertama ujibakat Dewi Remaja kerana sikap pemalu yang menebal. Namun beliau membuktikan keyakinan diri yang ada dengan tampil sekali lagi pada hari kedua ujibakat.
  • Merupakan peserta pertama yang diumumkan dalam senarai Top 12!
  • Suka bersukan. Aktif dalam teakwando dan permainan bola baling.
  • Berkemampuan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Korea dan Jepun.

   

Foto

nina amin dewi remaja

dewi remaja 2019

peserta dewi remaja 2019

nina amin

finalis dewi remaja 2019

Kredit foto: Instagram Nina Amin

   

Video

Kredit video: Top 12 Dewi Remaja 2019: Nina Amin & Myra Natasha

   

Sumber:

1. Profil Nina Amin

2. Gadis Berdarah Kacukan Dominasi Top 12 Dewi Remaja 2019?

3. Kategori Pengetahuan Am Suntik Pembaharuan, Ini 12 Finalis Dewi Remaja 2019!

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)