Kredit foto: Instagram Muntazar Ghufran

        

Muntazar Ghufran merupakan adik kepada pelakon Firdaus Ghufran yang kini sudah bertunang dengan aktres drama, Saidah Kamarudin.

        

muntazar 721

Kredit foto: Instagram Muntazar Ghufran

       

Semak biodata pelakon muda berbakat yang ramai peminatnya ini.

        

Biodata

Nama penuh: Muhammad Muntazar Ghani bin Mohammad Ghufran

Nama komersial: Muntazar Ghufran

Umur: 21 tahun (2024)

Tarikh lahir: 8 September 2003

Asal: Kuala Lumpur

Agama: Islam

Keluarga: Anak bongsu daripada tiga orang adik beradik

Pekerjaan: Pelakon, Pengacara

Instagram (IG): @muntazarghufran

Tiktok: @muntazaghufran

       

Latar Belakang

1. Muntazar lebih akrab dengan panggilan ringkas, Mun.

2. Dia berdarah kacukan Melayu dan Pakistan.

3. Berasal dari latar belakang budaya yang berbeza, ibunya adalah arkitek berbangsa Melayu dari Perak manakala bapanya orang Arab, ahli perniagaan dari Abu Dhabi.

3. Barisan drama yang memperlihatkan Muntazar sebagai pelakon watak merangkumi Haloba, Terlerai Noktah, Lambaian Ramadan, Doa Ku Mohon, Alice Kampung Baru, Restu, Leon Zalika, Love You Mr Arang, Mama Papa Ekspres dan beberapa lagi.

Juga telefilem seperti Pengantin 3 Hari, Studio Awie, Aishah & Projek Dapur Ramadan, Kakak Iparku Memang Win, Rentap, Misteri Wak Leman, Tiada Galang Ganti, Misi Arjuna dan Ambon, selain penglibatan dalam filem Abang Lejen.

4. Firdaus Ghufran, abangnya, juga adalah seorang pelakon. Firdaus terkenal dengan watak Talam dalam siri Budak Tebing dan mula meledak menerusi drama Budak Magik. Firdaus juga dikenali di negara Indonesia.

         

Fakta Menarik

1. Muntazar sudah berlakon sejak usia kecil.

2. Terkenal di platform maya, namanya menjadi seorang selebriti media sosial yang digemari, dengan lebih daripada 218,000 peminat di TikTok dan 162,000 pengikut di Instagram (IG).

3. Dia telah selamat bertunang dengan kekasihnya, Saidah Kamarudin pada 25 Mei 2024. Hubungan mereka sering menjadi topik perbualan ramai disebabkan perbezaan usia yang mana Muntazar jauh lebih muda usianya.

         

Baca: Biodata Pelakon Firdaus Ghufran, Abang Kepada Muntazar Ghufran

Baca: Biodata Pelakon Saidah Kamarudin, Bekas Peserta Dewi Remaja 2019, Kini Tunang Muntazar Ghufran!

        

Foto

muntazar ghufran wikipedia

muntazar ghufran instagram

muntazar ghufran

firdaus ghufran 65214 877

firdaus ghufran family

ketinggian muntazar ghufran

adik beradik firdaus ghufran

muntazar ghufran drama

fawwaz ghufran

siapa muntazar ghufran

muntazar ghufran kembar age height pendidikan

muntazar ghufran umur

saidah kamarudin 56523 557

Kredit foto: Instagram Muntazar Ghufran

        

Kredit video: Shelout with my brother

        

Sumber:

1. Living the dream

2. Talam lonjak populariti

3. TikTok Saidah Kamarudin

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)