Kredit foto: Instagram Aishah Azhan

   

Aishah Azhan merupakan antara yang terpilih sebagai peserta atau finalis Dewi Remaja edisi 2019.

Daripada senarai Top 20, gadis yang mesra disapa Ash ini meraih peluang berada dalam barisan Top 12 bagi merebut gelaran juara program yang mengetengahkan personaliti remaja contoh ini.

Dewi Remaja 2019 menemui penonton mulai 26 Oktober, setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Dikemudikan oleh Amelia Henderson, proses penjurian bakal menggunakan khidmat juri tetap, pelakon Scha Alyahya dan Yusry Abdul Halim.

Pertandingan anjuran Majalah Remaja ini sebelum ini telah melahirkan bakat-bakat ternama dalam industri hiburan tanah air seperti Neelofa, Scha Alyahya, Anzalna Nasir, Rita Rudaini, Izara Aishah, Haneesya Hanee dan ramai lagi.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh Aishah binti Azhan.

2. Menggunakan nama komersial, Aishah Azhan atau Ash.

3. Berumur 24 tahun (2019).

4.  Berasal dari Selangor.

5. Masih menuntut dalam jurusan perakaunan di BPP University Birmingham UK. Kini sedang menamatkan semester terakhirnya secara atas talian.

6. Setakat ini mengumpul lebih 600 pengikut di laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @aishah_azhan.

   

Fakta Menarik

  • Menjadikan pertandingan Dewi Remaja sebagai platform untuk mencabar diri.
  • Tidak mempunyai pengalaman berdiri di depan lensa komersial.
  • Mendapat perhatian juri kerana personaliti yang menarik serta petah dalam menuturkan kata.

   

Foto

ash dewi remaja 329

dewi remaja 2019 688

aishah azhan

peserta dewi remaja 2019 820

aishah azhan dewi remaja 2019

finalis dewi remaja 2019 813

Kredit foto: Instagram Aishah Azhan

   

Video

Kredit video: Top 12 Dewi Remaja 2019: Saidah & Ash

   

Sumber:

1. Profil Ash

2. Kategori Pengetahuan Am Suntik Pembaharuan, Ini 12 Finalis Dewi Remaja 2019!

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)