Kredit foto: Instagram @ainedruce

Biodata

1. Nama penuhnya, Nurulain binti Edruce.

2. Kelahiran Terengganu, Malaysia pada 4 Ogos 1991. Kini berusia 28 tahun (2019).

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Anak ketiga daripada empat adik-beradik.

5. Berkelulusan Ijazah Sarjana Komposisi Muzik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

7. Memulakan karier seni sebagai model

8. Turut bergiat sebagai pelakon dan pengacara.

9. Membintangi drama Gadis Semasa Sunsilk, Kekasih Paksa Rela, Kenyalang I'm In Love dan 30 Pesanan Suara.

10. Termasuk telefilem My Sweet Madu, Suluhkan Aku Cahaya, Resort Berhantu dan Siti Selfie.

11. Beberapa program yang pernah dihoskan termasuk MBUzz, Pop Express, Pra-persembahan Anugerah MeleTOP Era 2019 dan Karpet Merah Anugerah Skrin 2016.

12. Menjalinkan hubungan cinta dengan adik aktres Elfira Loy, Ezzrin Loy, sebelum ikatan itu berakhir kerana tiada persefahaman.

13. Juga pernah dikatakan mempunyai hubungan mesra dengan seorang jejaka daripada golongan kerabat diraja.

14. Terkini, Ain mendedahkan sudah dirisik teman lelakinya, Amirul Hafiz yang juga merupakan seorang ahli perniagaan. Mereka merancang untuk bertunang pada Jun ini sebelum mengakhiri zaman solo pada Februari 2020.

        

Fakta Menarik

  • Hebat dalam menyediakan sajian Asam Pedas.
  • Supreme and Palace adalah item kesayangan yang dibeli dengan duitnya sendiri.
  • Menganggap aktres Catherine Zeta Jones menerusi filem Zorro sebagai wanita tercantik pernah dilihat, selain bekas pemain bola sepak, David Beckham pula sebagai lelaki terseksi.
  • Teringin mempunyai kebolehan dalam bidang tarian.
  • Afrika Selatan sebagai lokasi percutian idaman.
  • Merasakan harinya tidak lengkap tanpa aktiviti senaman.

Foto

biodata ain edruce pelakon drama 30 pesanan suara 2

biodata ain edruce pelakon drama 30 pesanan suara 3

biodata ain edruce pelakon drama 30 pesanan suara 4

biodata ain edruce pelakon drama 30 pesanan suara 5

biodata ain edruce pelakon drama 30 pesanan suara 6

biodata ain edruce pelakon drama 30 pesanan suara 7

Kredit foto: Instagram @ainedruce

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. EH!




Hakcipta iluminasi.com (2017)