Kredit foto: Instagram Ryan Bakery

    

Siapa Ryan Bakery? Muhammad Ryan Fahmi Bakery atau Ryan Bakery ialah personaliti media sosial Malaysia dan selebriti TikTok yang berasal dari negeri Perak.

   

Biodata

Nama sebenar: Muhammad Ryan Fahmi bin Bakery

Nama komersial: Ryan Bakery

Umur: 27 tahun (2022)

Tarikh lahir: 17 April 1995

Asal: Perak

Kerjaya: Pencipta konten, personaliti TikTok

Instagram (IG): @ryanfahmibakery

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Dia terkenal dengan video parodi pendek yang mengimbas kembali kenangan indah zaman kanak-kanak pada tahun 90-an.

2. Sebelum ini, beliau bekerja dalam bidang kargo penerbangan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) kemudian kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

3. Dia mencari alternatif lain untuk memastikan kelangsungan hidup sebelum penglibatannya sebagai penyedia kandungan digital di aplikasi TikTok mempopularkan namanya, selain mampu menjana pendapatan.

4. Ryan baru-baru ini menjadi viral apabila dia menerima hadiah luar biasa 'Singa' bernilai RM1,049.90 setiap satu daripada pengguna TikTok misteri - dikenali dengan nama id Sultan Pemurah. Ketika itu dia sedang melakukan sesi siaran langsung di aplikasi tersebut.

5. Netizen mengandaikan jumlah yang diraihnya dalam satu sesi itu sahaja adalah sekitar RM10,000!

6. Dengan peningkatan popularitinya yang mendadak itu, Ryan turut menerima banyak tawaran dan dari segi projek lakonan, dia akan membintangi filem arahan Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim serta karya terbaru arahan Pierre Andre.

7. Ryan turut menjadi pilihan perniagaan minuman, Bubblebee milik pelawak terkenal, Shuib Sepahtu apabila dilantik sebagai ikon.

8. Dia yang telah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya merancang untuk berkahwin pada Januari 2023.

        

Baca: Senarai Keputusan Pemenang TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023)

Baca: Senarai Calon, Kategori, Undian, Persembahan, Tarikh TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023)

       

Gambar

ryan bakery ig

tunang ryan bakery

ryan bakery tiktok

ryan bakery

ryan fahmi bakery

ryanbakery

ryan bakery wikipedia

ryan bakery umur

ryan bakery instagram

ryan bakery asal mana

Kredit foto: Instagram Ryan Bakery

Video

Kredit video: WOW! Ryan Bakery Kongsi Nama Sebenar & Gift Singa Dari Followers! | MeleTOP 2022 | Nabil & Sherry

Sumber:

1. Dah boleh kahwin! Pemuda tak keruan Sultan Pemurah beri gift mahal ketika live TikTok, netizen tolong kira gajinya lebih 10K satu malam

2. WOW! Ryan Bakery Kongsi Nama Sebenar & Gift Singa Dari Followers! | MeleTOP | Nabil & Sherry

3. Tergelak tengok muka siap berbedak! TikToker Ryan Bakery buat parodi imbau zaman kanak-kanak




Hakcipta iluminasi.com (2017)