Kredit foto: Instagram Adam Shamil , Facebook Adam Shamil [1, 2]

        

Siapa Adam Shamil? Adam Shamil merupakan seorang individu serba boleh yang terkenal dalam dunia seni dan media sosial. Dengan latar belakang yang unik dan bakat yang pelbagai, Adam menarik perhatian ramai menerusi kebolehan nyanyian, pengacaraan dan penciptaan kandungan digitalnya. Jom kita lihat lebih dekat kepada perjalanan dan pencapaian membanggakan beliau setakat ini.

        

Biodata

Nama penuh: Adam Shamil Misran

Nama komersial: Adam Shamil

Umur: 30 tahun (2024)

Tarikh lahir: 29 Ogos 1994

Tempat lahir / Asal: Kota Kinabalu, Sabah

Keluarga: Anak bongsu kepada dua orang adik beradik

Pendidikan: Jurusan Penyiaran TV Dan Filem Antarabangsa daripada University of Notthingham, Kampus Malaysia, Kuala Lumpur

Pekerjaan: Pencipta Kandungan Digital, Penyanyi, Pengacara, Usahawan

Instagram (IG): @adamshamil

Tiktok: @iamadamshamil

Youtube: @AdamShamilBah

       

Latar Belakang

1. Adam sebagai penyanyi adalah di bawah naungan syarikat rakaman World Peace Entertainment (WPE) Sdn Bhd, sebumbung dengan penyanyi ternama, Naim Daniel dan Ismail Izzani.

2. Beliau pernah mendapat perhatian United International Pictures yang melamar beliau untuk menemubual pelakon dan pengarah filem Hollywood, Pacific Rim: Uprising di Beijing, China.

3. Beliau merupakan personaliti digital pertama dari Sabah yang dipilih oleh Netflix untuk iklan komersial di seluruh negara.

4. Beliau mencapai populariti menerusi siri episod "Get It Right" di saluran YouTube dengan penggunaan loghat Sabah dan bahasa Inggeris.

5. Beliau juga terkenal dalam bidang pengacaraan, di mana pada tahun 2023, beliau menjadi pengacara di majlis perkahwinan Dr. Amalina Che Bakri yang dilangsungkan di Malaysia.

6. Beliau mula mencipta kandungan media sosial sejak 2016, memulakan kerjayanya sebagai seorang YouTuber untuk memperkenalkan keunikan Sabah dan Sarawak.

7. Beliau mengambil inspirasi daripada YouTuber terkenal seperti Adam Tambakau, Superwoman dan Ryan Higa.

8. Di samping bakat seniannya, beliau juga terkenal dengan video bersama neneknya yang menghiburkan netizen di laman sosial.

9. Beliau tidak mahu hanya dikenali sebagai penyanyi, tetapi juga sebagai seorang artis serba boleh yang mampu mengangkat nama negara dalam pelbagai bidang termasuk pengacaraan, penulisan lagu, lakonan dan pengarahan filem.

10. Beliau telah disenaraikan dalam "Most Successful People in Malaysia" oleh British Publishing House pada 2022, serta dipilih untuk menjadi penceramah di TEDx pada 2023, menjadikannya personaliti digital pertama dari Borneo yang menerima jemputan berkenaan. Video persembahannya selama 10 minit disiarkan di akaun YouTube rasmi TED Talk iaitu TEDx Talks.

11. Lagu-lagu yang pernah direkodkan oleh Adam sebagai penyanyi ialah Mansau, Bintang, Rindu, Bantu, Si Kawan, Pum Pang dan Happy Together.

        

Fakta Menarik

1. Berdarah kacukan Sino-Kadazan, beliau dilahirkan daripada pasangan Misran Sianoh sebagai bapanya dan Ursula Michael sebagai ibunya.

2. Anak kepada seorang wartawan dari Daily Express dan ibunya bekerja dalam industri pelancongan.

3. Beliau mula merasai minat dalam aliran pengacaraan sejak bangku sekolah. Sejak usia 14 tahun, beliau aktif menawarkan diri sebagai pengacara dalam pelbagai program sekolah yang dianjurkan.

4. Dibesarkan oleh ibu tunggal bersama neneknya.

5. Mengambil Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai idola dalam pengacaraan bahasa Inggeris, manakala Datuk Aznil Haji Nawawi sebagai inspirasi dalam pengacaraan bahasa Melayu.

6. Menolak untuk mendedahkan agamanya, Adam merasakan bahawa agama adalah perkara peribadi dan tidak patut menjadi fokus penilaian orang lain. Sebaliknya, beliau mahu memberikan impak positif menerusi platform media sosialnya.

        

Foto

adam shamil profile

adam shamil songs

adam shamil wiki

adam shamil age rebel moon

adam shamil umur

latar belakang adam shamil

adam shamil misran

siapa adam shamil

adam shamil wikipedia

adam shamil family

adam shamil

adam shamil agama

adam shamil bio

adam shamil religion

adam shamil father

Kredit foto: Instagram Adam Shamil , Facebook Adam Shamil [1, 2]

        

Video

Kredit video: Living In A Cancel Culture As A Malaysian Content Creator | Adam Shamil | TEDxTaylorsUniversity

       

Sumber:

1. Siapa Adam Shamil Dengan Hampir 2 juta Tontonan Di Media Sosial?

2. Mahu menonjol kerana bakat

3. Adam Shamil Sampai Mesej Penghargaan Melalui Lagu ‘Bantu’

4. Banggakan Sabah Sebagai Negeri Kelahiran Penyanyi Berbakat Malaysia, Adam Shamil Punya Impian Besar – Isu Digital Ogos 2023

5. Adam Shamil, what is your religion? | Q&A

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)