Kredit foto: Instagram nrsalihah , X (Twitter) nrsalihah

        

Biodata

Nama sebenar: Nur Salihah Aimuni binti Muhammad Azaham

Nama komersial: Sally Who, Sally Whoo

Umur: 23 tahun (2023)

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kerjaya: Personaliti TikTok, Pencipta Kandungan (Content Creator), Jurumekap

Instagram (IG): @nrsalihah

        

Latar Belakang

1. Minat Sally dalam bidang tatarias bermula semasa dia berada di tingkatan dua. Difahamkan dia hanya memperoleh pengetahuan mengenai teknik solekan menerusi video tutorial di laman Youtube dan Instagram, tanpa pernah mengikuti mana-mana kelas.

2. Pertama kali dia menghasilkan kandungan untuk TikTok adalah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada mulanya, dia hanya aktif di TikTok sebagai hobi semata-mata dan tidak pernah terfikir bahawa ini akan menjadi sumber pendapatan. Dia tidak pernah berangan bahawa minatnya akan membawanya ke tahap dikenali sehingga muncul di televisyen dan menerima anugerah.

3. Baru-baru ini, dia meraih kejayaan dengan memenangi kategori TikTokers Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-35 (2023), mengatasi saingannya seperti Hafiz Mahamad, Ustaz Ahmad Yusof, Aleya Zailan dan Aaabias dalam kategori sampingan, Ekstra.

4. Terbaharu, namanya tersenarai pula sebagai calon dalam acara TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023) dalam kategori Creator Of The Year. Dia akan bersaing dengan pempengaruh seperti Khairul Aming, Ceddy Ang, Boss James, Auntie Purple dan Lawyer Gandhi.

5. Selain daripada itu, terdapat beberapa personaliti TikTok yang disenaraikan dalam kategori pencalonan lain acara ini, di antaranya ialah Sofyank, Ryan Bakery, Jovynn, Gaston Pong, Gigi Cheoh, Alex Hkf, Dr Ben Gee, Ikhmal Nour, Azrul Affandi Sobry, Zarul Hafiz, Chef Dave, Yuki Dance, Hafiz Alongg, Tiger Labu, Ervan Rizuan, DJ Garyislit, Anas Zahrin dan ramai lagi.

6. Sally telah berkahwin dengan pilihan hatinya, Zariff Kamal pada 17 Jun 2022 dan hasil perkongsian hidup dengan suaminya dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ean Maleeq pada 20 Mac 2023.

        

Fakta Menarik

1. Dikenali menerusi video-video solekannya yang amat bersahaja.

2. Gelaran 'CEO Membebel' melekat padanya kerana kelakar dan suka berceloteh.

3. Pernah berkhidmat di awan biru sebagai seorang pramugari.

4. Merupakan sahabat baik kepada pempengaruh seangkatan seperti Rozyana Roslan, Nelysa Norazlan dan Mia Azahar.

      

* TikTok Awards Malaysia 2023 bakal disiarkan secara langsung di TV3 dan akaun TikTok Malaysia dari jam 9 malam pada 27 Ogos ini.

        

Baca: Senarai Keputusan Pemenang TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023)

Baca: Senarai Calon, Kategori, Undian, Persembahan, Tarikh TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023)

Baca: Biodata Ceddy Ang, Personaliti TikTok Calon TikTok Awards Malaysia 2023

Baca: 10 Fakta Biodata Khairul Aming, Youtuber Masakan, Calon TikTok Awards Malaysia 2023

          

Foto

sally who wikipedia

sally whoo

sally whoo tiktok

sally instagram

nur salihah sally age

sally who tiktok

sally influencer

sally tiktok

sally tiktok umur

sally who

sally who kahwin

suami sally who

tiktok awards 2023 320

tiktok awards malaysia 986

Kredit foto: Instagram nrsalihah , X (Twitter) nrsalihah

        

Video

Kredit video: Nabil & Bell 'Tapau' Lipstick SallyWhoo?! | MeleTOP

         

Sumber:

1. Dari suka-suka, TikTok buka rezeki Sally Whoo

2. TikTok Sally Whoo

3. Instagram nrsalihah

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)