Oleh pada 26 Aug 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

         

Pengenalan

TikTok Awards pertama di Malaysia, menyusuli Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun dan Brazil, mengiktiraf pencipta kandungan tempatan dalam acara tahunan terbesar TikTok ini.

Dengan tema "Yang Gah di Skrin Kecil," penganjuran ini memupuk kreativiti, memberi inspirasi dan meningkatkan pendedahan pencipta kandungan tempatan di platform media sosial yang semakin popular.

TikTok bukan sekadar hiburan; ia menjadi sumber informasi dan tempat berkembangnya pencipta konten serta personaliti dari pelbagai bidang. Acara ini adalah penghormatan untuk para pencipta kreatif yang telah memberi inspirasi dan informasi kepada masyarakat melalui video pendek yang mereka hasilkan.

          

tiktok awards malaysia 697

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

          

Menyambut TikTok Awards Malaysia (MY) 2023 yang pertama kali diadakan di negara ini, acara ini bakal menampilkan elemen budaya tempatan unik sambil berkongsi kekayaan budaya Malaysia kepada dunia.

TikTok Awards akan terus diadakan pada setiap tahun untuk mengiktiraf pencipta kandungan tempatan serta penambahbaikan berterusan.

          

Kategori

Edisi pertama ini menampilkan 13 kategori yang dipertandingkan, terbahagi kepada Pilihan Juri (Judge Pick) dan Pilihan Peminat / Popular (People's Choice).

Tujuh kategori Pilihan Peminat termasuk :-

1. Creator of the Year

2. Rising Star of the Year

3. Popular Creator of the Year

4. Popular Animation Account of The Year

5. Celebrity of the Year

6. Live Creator of the Year

7. TikTok Shop Creator of the Year

        

Menerusi Pilihan Juri, terdapat enam lagi kategori iaitu kecantikan dan fesyen, pendidikan, hiburan, sukan, permainan dan makanan.

1. Best of Beauty & Fashion

2. Best of Education

3. Best of Entertainment

4. Best of Foodie

5. Best of Gaming

6. Best of Sports

            

vote tiktok awards 2023

Kredit foto: Instagram TikTok Malaysia Official

        

Format Penjurian

Keputusan Pilihan Juri dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh panel eksekutif yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof dan dan Pengurus Besar Operasi dan Pemasaran TikTok Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra. Penyanyi Hael Husaini turut bertanggungjawab dalam pemilihan 10 calon terbaik untuk keenam-enam kategori ini. Manakala, Pilihan Popular melibatkan undian orang ramai yang memilih pencipta pilihan mereka.

       

Undian

Untuk tujuh kategori Pilihan Peminat, undian orang awam untuk menyokong pencipta di TikTok bermula pada 15 Ogos 2023 hingga 26 Ogos 2023, 11.59 malam, melalui pautan: https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/

          

tiktok awards 2023 280

Kredit foto: Instagram TikTok Malaysia Official

        

Pengacara

Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson membawa pengalaman dan pengaruh mereka sebagai pengacara TikTok Awards Malaysia 2023. Karpet merah diterajui oleh Ceddy Ang dan Sissy Imann, sementara Jaa Suzuran dan Neeta Manis mengendalikan segmen belakang pentas.

       

Persembahan

Mengisi acara ini, beberapa penyanyi hebat akan mencipta momen dan menghiburkan penonton di pentas majlis penganugerahan yang gah ini. Di antaranya termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Marsha Milan Londoh, Ernie Zakri, Siti Nordiana, Hael Husaini, Dolla, Alyph, Andi Bernadee, Ismail Izzani, Bunga Isme, Shiha Zikir, Kaka Azraff, DJ Cza, Gaston Pong dan Zeppo.

          

Penyampai Trofi

Manakala senarai nama-nama besar yang berpengaruh dan sangat dikenali akan mengambil peranan sebagai penyampai trofi. Antara mereka ialah Datuk Yusof Haslam, Ziana Zain, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Yusry Abdul Halim, Sheila Rusly, Bell Ngasri, Fattah Amin, Ernie Zakri, Syamel, Amber Chia, Dr Say Shazril, Amir Ahnaf, MK K Clique, Farah Ann Abdul Hadi, Redza Rosli, Tya Arifin dan Aniq Durar.

            

tiktok awards malaysia 2023 924

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Penaja

Penganjuran TikTok Awards Malaysia 2023 diperkukuhkan lagi dengan sokongan daripada HONOR 90 5G sebagai penaja utama. Sementara Foodpanda turut hadir sebagai penaja bersama, dan F&N Dairies menjadi rakan kongsi penaja yang tidak ketinggalan.

         

Waktu Siaran

Malam kemuncak Anugerah TikTok Malaysia 2023 akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2023 ini, bermula pukul 9 malam dan disiarkan secara langsung di saluran TV3 serta akaun TikTok Malaysia.

       

Strim live secara online di akaun TikTok Malaysia - Mulai jam 8 Malam

Karpet Merah di TV9 - Jam 8:30 malam

Acara Utama di TV3 - Jam 9 malam

          

Senarai Calon

1. Kategori Pilihan Peminat / Popular (People's Choice)

        

Creator of the Year

1. Khairul Aming @khairulaming

2. Boss James @bossjames_oe

3. Lawyer Gandhi @lawyergandhi

4. Auntie Purple @auntiepurple248

5. Sally Whoo @sallywhoo

6. Ceddy Ang @ceddyornot

         

Celebrity of the Year

1. Anna Jobling @annajobling

2. Dolla @dollaofficial

3. Siti Nordiana @sitinordiana84

4. Zizan Razak @zizanrazak869

5. Janna Nick @jannanickofficial

6. Aeril Zafrel @aerilzafrel8

         

Popular Creator of the Year

1. Sofyank @sofyank96

2. Ryan Bakery @ryanbakery

3. Jovynn @itsjovynn

4. Gigi Cheoh @gigicheoh

5. Alex Hkf @alexhkf

6. Dr Ben Gee @drbengee

        

Rising Star of the Year

1. Gaston Pong @gastonpong

2. Ikhmal Nour @ikhmaln0ur

3. Azrul Affandi Sobry @penceritatv

4. Zarul Hafiz @zarul.hafiz

5. Chef Dave @chefdaveveganjourney

6. Yuki Dance @@yuki_dance_

        

Popular Animation Account of The Year

1. Upin & Ipin @upinipin.official

2. Ejen Ali @officialejenali

3. BoBoiBoy @boboiboy

4. Didi & Friends @official_didiandfriends

5. Papa Pipi @papapipi

6. YIMO the Tapir @yimotapir

       

Live Creator of the Year

1. Wafiy Ilhan / Wafiy Aan @wafiy_aan

2. Hafiz Alongg @hafizalonggs

3. Tiger Labu @tigerlabu

4. Ervan Rizuan @ervan818

5. DJ Garyislit @garyislit_

6. Que Haidar @quehaidar

       

TikTok Shop Creator of the Year

1. Anas Zahrin @anaszahrin

2. Mahir @dapur_mahir

3. Carynn @dearcarynn

4. Peggie Water Mummy @watermummy_oe

5. Tang Siew Siang (Uncle Siang) @tangsiewsiang

6. Vicky @vicky.littlewolf

         

2. Kategori Pilihan Juri (Judge Pick)

       

Best of Entertainment

1. SonicWebs @sonicwebs

2. Akmal Hamzah @hadamproject

3. Adam Izzy @adamizzy

4. Azmir Akmar Sobry @azmirakmar

5. Moses Wong @moseswck

6. Eiqa Maleq @eiqamaleq

7. Mista Shaque @mistashaque

8. Nefertari D. Aimon @aimonnn__

9. Lord Tofu Animation @lordtofucat

10. Shahril @shahril_en_pecinta_muvee

        

Best of Education

1. Dr Samhan @dr.samhan

2. Cikgu Debbie @cikgudebbie

3. Aminahtul Mardiah @aminahtulmardiah

4. ggatorart @ggatorart

5. Wan Fatin Sufina @wfsufina

6. Sir Syahmi @sirsyahmi92

7. Iqbal Ahyar @iqbalahyar

8. Sir Asai @sir_asai

9. Abg Bestz @mosteleyy_bestz

10. Irfan Khairi @irfan.khairi

        

Best of Gaming

1. Sultan Riq @sultan_riq

2. Yonny Zahri @yonnytiktok_

3. ManDayat @mandayat

4. Daft @faroukjer

5. Laphel @lapheltzy

6. KaguraTiktok @ismulcomel

7. Sir Cloud @sircloudmy

8. Cikgu Misai @cikgumisai__

9. Kiddo Bae @kiddo_bae

10. FanCFreakz @fancfreakz

       

Best of Sports

1. Nasseb Ali @refereekampung

2. Hanif Loid @hanifloid

3. Mavis @maviswfitness

4. Khalish @kkhalishh

5. Nabil Rauf @nabil_rauf

6. Natalie @natalie.ljy

7. Ammar De Maestro @ammaranuwar

8. Jordan Yeoh @jordanyeohofficial

9. Fitpie @fitpie365

10. Zeem Ahmad @zeemahmadd

        

Best of Beauty & Fashion

1. Mia Azahar @miaazahar

2. Nicole @thenictionary

3. Bibi @hidayahgan

4. Rozyana Roslan @rozyanaroslan2

5. Hanz @hanzartmakeup

6. Shahira Azlan @shahirazlan

7. Nelysa Norazlan @nelysa_norazlan

8. Sofea Shra @sfeashraa

9. Osza @osza.best

10. Eima Safuan @eimasafuan

       

Best of Foodie

1. Akie Jack @akiejack

2. Syifa Jamil @syifajamill

3. Hamdan Mubarak @hamdanmubarak_

4. Mathan Edward @mathanedward

5. Kristin @eatwkriss

6. LinLin @charmwasabi

7. Putera Purba @zamypurba

8. Shahril @shahrilwokay2

9. Mohd Shafiq @shafiquecute_official

10. Richard @richard_is_cooking

         

Baca: Senarai Keputusan Pemenang TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023)

Baca: Biodata Sally Who (Sally Whoo), Personaliti TikTok Calon TikTok Awards Malaysia 2023

Baca: Biodata Ceddy Ang, Personaliti TikTok Calon TikTok Awards Malaysia 2023

Baca: 10 Fakta Biodata Khairul Aming, Personaliti TikTok Calon TikTok Awards Malaysia 2023

           

Kredit video: TikTok Awards Malaysia

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)