Kredit foto: Instagram Arieff Yong , Facebook Arieff Yong

        

Arieff Yong menarik perhatian dalam dunia maya sebagai pelawak dan pencipta kandungan yang membawa keceriaan kepada rakyat Malaysia, melalui aksi dia dalam meniru pelbagai aksen bahasa.

Sebagai selebriti media sosial, namanya telah mencipta impak dengan lebih daripada 1.1 juta pengikut di aplikasi TikTok dan 360,000 di laman Instagram (IG).

        

Biodata

Nama sebenar: Arieff Effenddy Yong

Nama komersial: Arieff Yong

Umur: 29 tahun (2024)

Tarikh lahir: 5 Oktober 1995

Asal: Kulai, Johor

Agama: Islam

Pekerjaan: Pempengaruh Media Sosial, Penyampai Radio, Pelakon

Instagram (IG): @arieffyong

Tiktok: @arieffyong

        

Latar Belakang

1. Arieff menempa populariti menerusi kandungan komedinya di laman sosial, dengan penggunaan pelbagai aksen dalam sketsa yang menarik perhatian penonton.

2. Dia berkebolehan menguasai pelbagai loghat dengan baik antaranya British, Perancis, India dan Cina.

3. Popularitinya awalnya kerana video memaparkan dia memesan minuman dengan loghat British dan dialek Kelantan, semasa menjadi pemandu di pandu lalu, yang meraih jutaan tontonan pada 2017 dan 2018.

4. Dia memutuskan menjadi pencipta kandungan sebagai sumber pendapatan, selepas kehilangan pekerjaan sebagai pramugara di syarikat penerbangan pada 2020, akibat pandemik Covid-19.

5. Pada Januari 2024, dia diumumkan sebagai penyampai baru di stesen radio Fly FM yang dimiliki oleh Media Prima, bergabung dalam rancangan pagi bersama Ryan Howlett bertajuk 'The Jokers In The Morning'.

6. Dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke 35, dia dicalonkan dalam kelompok Top 5 untuk kategori Content Creator Popular, bersaing dengan pesaing hebat iaitu Alieff Irfan, Sofyank, DD Chronicle dan Qawiyaro.

        

Fakta Menarik

1. Mempunyai warna kulit yang hitam manis.

2. Darah Arieff adalah kacukan Melayu dan Cina, dengan keturunan bangsa Cina diwarisi daripada bapanya.

3. Bahasa Inggeris menjadi bahasa pertuturan Arieff sejak usia kecil apabila bersama ibu bapanya.

4. Semasa bersekolah menengah, dia aktif dalam memuat naik video di YouTube sebagai sumber hiburan, dengan sebahagian besar kandungan merangkumi penggambaran biasa dan parodi bersama kawan-kawan.

5. Kemahiran bermain alat muzik dram adalah di antara bakatnya.

6. Arieff memperoleh pengalaman berlakon melalui peranannya dalam telefilem 'Belajar Tak Sudah' di saluran RTM.

7. Dia turut menyertai rancangan realiti adaptasi daripada program Korea Selatan, 'Real Men Malaysia: Wira Merah' pada 2023 di Astro Ria - yang menampilkan lapan selebriti menjalani kehidupan dan latihan sebagai rekrut baru dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

8. Azamnya adalah untuk menjadi pengarah dan membuka syarikat perusahaan produksi pada satu ketika nanti.

9. Selain dari tugas mencipta kandungan, dia juga menjalankan perniagaan restoran, termasuk sebuah restoran Thai di MyTown Shopping Centre.

10. Pada 10 Februari 2024, dia bertunang dengan Sylvia Good dari Sepanyol, selepas dua tahun bercinta sejak April 2022, yang sentiasa bersama-samanya dalam berkongsi konten di media sosial.

        

Foto

arief yong

arieff yong wikipedia

arieff yong religion

arieff yong parents

arieff yong twitter

arieff yong chinese

arieff efenddy yong

arieff yong agama

arieff yong umur

arieff yong girlfriend

arieff yong kes

arieff yong wife

arieff yong fly fm

siapa isteri arieff yong muslim kahwin family keluarga

arieff yong

sylvia good

Kredit foto: Instagram Arieff Yong , Facebook Arieff Yong

        

Video

Kredit video: [LANGSUNG] Bersama calon Top 5 kategori Content Creator Popular ABPBH 35, Arieff Yong

        

Sumber:

1. Komedi loghat British bawa tuah

2. Penyampai radio Fly FM bertunang dengan gadis Sepanyol

3. Instagram Arieff Yong

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)