Kredit foto: Instagram Ceddy Ang , X (Twitter) Ceddy Ang , Facebook Ceddy Ang

               

Biodata

Nama: Ceddy Ang, CeddyOrNot, Ceddy

Umur: 35 tahun (2023)

Jantina: Lelaki

Tarikh lahir: 3 November 1988

Tempat lahir: Kuantan, Pahang

Asal: Pulau Pinang

Bangsa: Cina

Pendidikan: Jurusan Undang-Undang, Jurusan Pemasaran

Kerjaya: Personaliti TikTok, Pencipta Kandungan (Content Creator), Pengulas Makanan, Podcaster, Pengacara, Penyanyi, Pelakon, Usahawan

Instagram (IG): @ceddyornot

         

Latar Belakang

1. Ceddy memulakan penghasilan konten berbentuk permainan video secara langsung melalui platform Twitch, selepas bekerja sebagai pegawai pemasaran di beberapa agensi kreatif sejak lima tahun sebelumnya.

2. Beliau mencuba nasib membuat video secara langsung diselang-seli di platform Youtube sebelum akhirnya memutuskan untuk mencipta kandungan yang lebih unik dan juga pelbagai.

3. Lantas beliau memilih untuk menggunakan platform TikTok sebagai kesinambungan kepada kandungan yang dikongsi dalam akaun YouTube sebagai seorang Lifestyle Vlogger, untuk menceritakan pengalaman di tempat-tempat dan restoran yang beliau lawati dengan para pengikutnya.

4. Sejak tahun 2021, beliau telah mengalih tumpuan sepenuhnya kepada penghasilan konten Foodvlog di TikTok.

         

Fakta Menarik

1. Dikenali dengan personalitinya yang ceria dan kelakar.

2. Sebelum bergelar personaliti TikTok yang terkenal, ramai yang tidak mengetahui bahawa Ceddy pernah menceburi bidang muzik dengan melancarkan single bertajuk "Pwrful" pada tahun 2020.

3. Inspirasi dalam kerjaya muziknya diambil daripada bintang antarabangsa seperti Jennifer Lopez, RuPaul, Britney Spears, Shakira dan Kylie Minogue.

4. Segelintir netizen menyamakan karakternya dengan pengacara sensasi Azwan Ali, manakala ada pula yang salah sangka dia adalah adik-beradik kepada pengarah Michael Ang!

5. Ceddy pernah dijemput sebagai 'Presiden Netizen' dalam rancangan realiti Big Stage edisi 2023 pada minggu keempat, di mana tanggungjawabnya adalah membacakan komen-komen netizen di laman Twitter.

6. Selain itu, beliau akan membuat kemunculan dalam bidang lakonan sebagai watak 'cameo' dalam drama bersiri Astro akan datang berjudul "One Million Dollar Voice".

7. Pada Ramadan 2023, Ceddy pernah menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mengamalkan puasa seperti dalam ajaran agama Islam.

8. Antara lain, beliau pernah meraih pengiktirafan dalam kategori Digital Influencer Tergempak 2022 di Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022) dengan menempatkan diri dalam senarai Top 5 bersama dengan Hafiz Mahamad, Nelysa Norazlan, Imran Bard dan Azfar Heri.

9. Selain itu, beliau tersenarai sebagai calon dalam acara TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023) dalam kategori Creator Of The Year bersama-sama pempengaruh Khairul Aming, Sally Whoo, Boss James, Auntie Purple dan Lawyer Gandhi.

10. Lagi personaliti TikTok yang disenaraikan dalam kategori-kategori pencalonan acara ini seperti Sofyank, Ryan Bakery, Jovynn, Gaston Pong, Gigi Cheoh, Alex Hkf, Dr Ben Gee, Ikhmal Nour, Azrul Affandi Sobry, Zarul Hafiz, Chef Dave, Yuki Dance, Hafiz Alongg, Tiger Labu, Ervan Rizuan, DJ Garyislit, Anas Zahrin dan ramai lagi.

11. Beliau juga ditugaskan sebagai pengacara bersama dengan penyanyi Sissy Imann untuk acara karpet merah anugerah berkenaan.

         

* TikTok Awards Malaysia 2023 bakal disiarkan secara langsung di TV3 dan akaun TikTok Malaysia dari jam 9 malam pada 27 Ogos ini.

            

Baca: Senarai Keputusan Pemenang TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023)

Baca: Senarai Calon, Kategori, Undian, Persembahan, Tarikh TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023)

Baca: Biodata Sally Who (Sally Whoo), Personaliti TikTok Calon TikTok Awards Malaysia 2023

Baca: 10 Fakta Biodata Khairul Aming, Youtuber Masakan, Calon TikTok Awards Malaysia 2023

          

Foto

ceddy ang

ceddy ang wikipedia

ceddy ang age

ceddy ang race

tiktok awards

ceddy ang tiktok

ceddy ang parents

Ibu Ceddy

ceddyornot

ceddy ang umur

tiktok awards malaysia

tiktok awards malaysia 2023

ceddy ang religion

ceddy ang male or female

tiktok awards 2023

Kredit foto: Instagram Ceddy Ang , X (Twitter) Ceddy Ang , Facebook Ceddy Ang

         

Video

Kredit video: PWRFUL - Ceddy Ang

       

Sumber:

1. TikTok Ceddy - CEO of Makan Makan

2. Instagram Ceddy Ang

3. Bernama

4. Spotify CeddyOrNot

5. X (Twitter) Ceddy Ang

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)