Kredit foto: Instagram Rahim Hakem

Siapa Rahim Hakem? Beliau merupakan seorang personaliti media sosial yang sering membuat kemunculan sebagai pelakon dalam drama saluran Youtube, Ammar Nazhan.

Instafamous seangkatan Amir Harris ini juga giat menghasilkan video di aplikasi Tik Tok serta rakaman berbentuk prank, selain membintangi beberapa drama pendek.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama sebenarnya, Abdul Rahim bin Abdul Hakim. Menggunakan nama komersial, Rahim Hakem.

2. Dilahirkan di Bentong, Pahang, beliau dibesarkan di Kuala Lumpur.

3. Mempunyai ketinggian sekitar 186 sentimeter (cm), dia kini berusia 19 tahun (2021).

4. Merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Al Khairiah, Temerloh, Pahang.

5. Anak keempat daripada lima orang adik beradik yang dibesarkan bersama seorang adik tiri.

6. Kakaknya, Hanan Abdul Hakim yang lebih dikenali dengan nama 'Keknan' turut berkecimpung aktif sebagai personaliti media sosial.

7. Rahim menggunakan Instagram (IG) atas nama akaun @rahimhakem_ yang sudah mengumpul lebih 227,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Nasi ayam merupakan menu kegemarannya, manakala warna biru adalah warna kesukaannya.

2. Mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli oleh pelajar senior sewaktu menuntut di tingkatan dua di sebuah sekolah berasrama.

3. Seorang yang cukup fobia dengan ular.

4. Bercita-cita menjadi personaliti media sosial sejak umur 14 tahun, beliau mula mengejar impian itu dengan mewujudkan akaun TikTok ketika berusia 18 tahun.

5. Laman TikTok yang dicipta, awalnya untuk mengubat kebosanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pun begitu di luar sangkaan, jumlah pengikutnya mula melonjak naik sebelum membawa kepada populariti yang ditempa pada hari ini.

        

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Youtuber Ammar Nazhan

Baca: Jom Berkenalan Dengan 5 Youtuber Popular Malaysia, Termasuk Ammar Nazhan

Gambar

rahim hakem tiktok

gambar rahim hakem

umur rahim hakem

rahim hakem

amir harris

rahim hakem ig

rahim hakem wallpaper

ammar nazhan

adik beradik rahim hakem

keluarga rahim hakem

instagram rahim hakem

Kredit foto: Instagram Rahim Hakem

Video

Kredit video: Youtube VLOG - PART 2 Q&A

Sumber:

1. Aku reveal umur sebenar aku !!

2. VLOG - PART 2 Q&A

3. Instagram Rahim Hakem

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)