Kredit foto: Instagram Beby Acha

   

Siapa Beby Acha? Nur Aishah Md. Shari atau nama komersialnya, Beby Acha merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.

Beliau adalah adik kepada Allahyarham Achik yang pernah menganggotai kumpulan Spin sebagai vokalis sewaktu hayatnya.

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama penuhnya, Nur Aishah binti Md. Shari.
  • Ingin dikenali dengan nama pentas, Beby Acha.
  • Berumur 30 tahun (2021).
  • Kelahiran Negeri Sembilan.
  • Memasuki dunia hiburan sejak tahun 2018.
  • Antara lagu-lagu dipopularkannya termasuk Kejam, Jaga-Jaga (duet bersama Azarra Band) dan Anje Baby.
  • Akaun Instagramnya menerusi nama @bebyachaa kini sudah mencapai lebih 73,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Lebih selesa disapa dengan nama panggilan, Beby.
  • Adik kepada arwah Achik Spin dan kakak kepada penyanyi remaja, Tajul Ariff.
  • Antara lain, adik-beradiknya yang bergelar penyanyi termasuk Awis dan Khalis.
  • Meminati bidang nyanyian sejak zaman kecil, namun mengambil masa untuk menceburi bidang hiburan kerana kurang keyakinan diri.
  • Pernah dipelawa Achik Spin untuk ke sebuah stesen televisyen, namun ditolak gara-gara gementar.
  • Menggunakan aplikasi Smule sebagai platform menonjolkan bakat nyanyian pada tahun 2015.
  • Menyertai MVM Music sejak September 2019 selepas dipelawa Awis yang juga berada di bawah bumbung syarikat rakaman itu.
  • Menyimpan impian untuk berkolaborasi dengan adik bongsunya, Tajul, namun berdepan kesukaran kerana bernaung di bawah syarikat pengurusan yang berbeza.
  • Mengidolakan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana kebolehan penghibur nombor satu negara itu dalam mendendangkan kepelbagaian genre muzik, selain pencapaian diraihnya di dalam mahupun luar negara.
  • Peminat genre muzik dangdut.
  • Enggan terikat dengan genre dangdut semata-mata, sebaliknya ingin tampil versatil dengan cabang muzik berlainan seperti balada dan irama Malaysia.
  • Memegang prinsip untuk tidak terpalit dengan sebarang gosip liar mahupun publisiti murahan.
  • Video muzik Anje Baby sehingga kini meraih lebih 4.5 juta tontonan di laman Youtube sejak dimuat naik pada 7 September lalu.
  • Senikata Anje Baby menceritakan kisah tentang seorang perempuan yang dimanjakan kekasihnya hingga sanggup berkorban segalanya.
  • Kesemua 10 orang adik-beradiknya berkebolehan dalam bidang nyanyian.

   

Baca: Biodata Achik Spin

Baca: Biodata Tajul Ariff, Adik Achik Spin

Baca: Biodata Khalis Real Spin, Adik Achik Spin

Baca: 10 Foto Terkini Isteri Dan Anak-Anak Achik Spin.. Ada Iras Bapanya

    

Foto

beby acha

beby acha umur

beby acha profile

beby acha ig

beby acha wikipedia

adik achik spin

adik beradik achik spin

beby acha adik achik spin

anje baby

Kredit foto: Instagram Beby Acha

   

Video

Kredit video: Beby Acha - Anje Baby (Official Music Video)

   

Sumber:

1. Acha tunjuk bakat

2. Tiada siapa boleh ganti arwah Achik - Beby Acha

3. Anje Baby goyangan dangdut Beby Acha

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)